MEDIA PERLU BEBAS SEPENUHNYA, KRITIK PM, KERAJAAN DIBENARKAN – ANWAR

335
SHARES
2k
VIEWS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pengamal media di negara ini perlu merakam peristiwa namun dalam masa sama wajib mempertahankan prinsip berasaskan nilai dan akhlak.

Perdana Menteri turut mengingatkan pengamal media mengenai bahaya menyebarkan sentimen agama dan perkauman sempit, yang boleh mengancam keselamatan negara.

Anwar berkata kerajaan sedar dengan kewujudan pihak tertentu yang cuba menyemarakkan suasana perpecahan dalam negara dengan menggalakkan persefahaman sempit mengenai kaum dan agama dalam kalangan belia di negara ini.

Sekaligus media di negara ini perlu bebas sepenuhnya dan tidak perlu melakukan penapisan kendiri dalam mengkritik kerajaan. Ini kerana kata Anwar,  kritikan-kritikan terhadap Perdana Menteri atau kerajaan itu dibenarkan. 

Saya lontarkan idea ini kerana saya yakin apa kita lakukan, dan saya bersedia bertempur dengan hujah dan kalau benar ada kelemahan, kita bersedia mohon maaf dan melakukan perubahan yang wajar,” kata Anwar sempena Hawana – Hari Wartawan Nasional 2023 di Ipoh, Perak semalam. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts