GUNA FORMULA PRU-15, PAS YAKIN MENANG BESAR DI 4 NEGERI

83
SHARES
268
VIEWS

PAS yang yakin menang besar di empat negeri kelak iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Selangor yang juga diimpikan menjadi milik mereka, kekal menggunakan formula sama di Pilihan Raya Umum ke-15 lepas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak. 

Formula mudahnya ialah kerusi PAS kekal dimiliki mereka, manakala kerusi UMNO akan ditandingi oleh Bersatu. Formula mudah ini dilihat berjaya di PRU-15 lepas maka ia diteruskan agar mampu menguasai sekurang-kurangnya di empat negeri kecuali Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. 

Selain dua negeri Pantai Timur dan Kedah, PAS juga optimistik mampu menawan Selangor walaupun masih belum mencapai kata putus siapakah bakal Menteri Besarnya di sana. Ini kerana Bersatu juga mahukan pemimpinnya di Selangor sebagai ‘tapak’ mereka apabila gagal di pusat, selain faktor Selangor yang kaya-kaya. Ini amat diperlukan kerana  tentu memberi banyak manfaat buat pemimpin-pemimpin Bersatu di sana.

Bersatu mahu menunggu menang dahulu baru ditetapkan siapakah orangnya tetapi PAS kata jika menang, Menteri Besarnya mesti dari parti mereka. Dalam hal ini, ‘keIslaman’ Bersatu lebih terserlah berbanding PAS yang dilihat sudah berebutkan jawatan dan ‘ghanimah’, walhal ‘perang’ belumpun bermula.

Apapun masalahnya, PAS optimistik mereka mampu mengekalkan penguasaan di tiga negeri sedia ada dan Selangor bakal menjadi negeri keempat ditawan olehnya. Secara tidak langsung, dalam diam PAS sebenarnya mahu menunjukkan kepada Bersatu “who is the boss” dalam Perikatan Nasional ketika ini.

Oleh kerana itulah banyak kenyataan dan rundingan juga dibuat secara berasingan, termasuk berjumpa Mahathir untuk menandatangani Proklamasi Melayu yang tidak dipersetujui Bersatu. Lebih malang, Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional di banyak tempat termasuk di Shah Alam juga tidak dihadiri pemimpin-pemimpin utama PAS.

Jelas, PAS memang mahu menjadi ‘boss‘, apatah lagi kekecewaan mereka apabila Haji Hadi tidak dilantik Timbalan Perdana Menteri sebelum ini belum lagi dibalas – walaupun jawatan Duta Khas Timur Tengah bertaraf menteri berjaya mendiamkan penyokong-penyokongnya buat seketika. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts