Bekas Ketua Pemuda UMNO yang sebelum ini gagal teruk membawa anak muda ke partinya sendiri, Khairy Jamaluddin dijangka akan menyertai Bersatu minggu hadapan.
Ini berikutan perjumpaan beliau dengan Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yassin yang menawar nya jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.
Bekas Menteri Kesihatan itu bagaimanapun merahsiakan keputusan beliau sama ada mahu menyertai Bersatu ataupun tidak. Namun banyak pihak sebelum ini berkata jika Khairy mahu bertemu Mahiaddin terlebih dahulu, itu tandanya beliau akan menerima tawaran tersebut.
Sumber dalaman Bersatu yang rapat dengan Presiden juga berkata “akan ada berita baik” apabila ditanya mengenai perkembangan tersebut. Beliau turut ditanya mengenai isu pertemuan Khairy dengan Hishammuddin Tun Hussein yang digantung UMNO, sama ada wujud perancangan tertentu melibatkannya.
Namun beliau menjawab bahawa Presiden (Mahiaddin) ada memaklumkan hal tersebut tetapi setakat ini tidak ada perkembangan lanjut mengenainya. “Terpulang pada Tan Sri (Mahiaddin) tetapi isu (akta) lompat parti tu masalah juga,” jawabnya ringkas.
Semoga Khairy yang bercita-cita tinggi mahu jadi Perdana Menteri itu bakal beroleh peluang merealisasikan impiannya itu kelak setelah bersama Bersatu.