SEMUA IKUT PERATURAN, TIADA ISU ZAHID LAWAT NAJIB

72
SHARES
232
VIEWS

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiada isu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melawat bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak yang kini dipenjara selama dua belas tahun. 

Menurutnya, lawatan itu dibenarkan mengikut Peraturan 86 Bahagian 10 Peraturan Penjara 2000 dan Zahid juga telah mendapat kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Penjara Malaysia untuk melawat Najib.

Tambah beliau, pertemuan antara Zahid dan Najib itu juga dalam pengetahuannya di mana kebenaran khas boleh diberikan oleh Ketua Pengarah Penjara atau beliau selaku Menteri Dalam Negeri. Dalam hal ini, Ketua Pengarah Penjara sudahpun memaklumkannya.

Sebagai rekod, Perikatan Nasional sengaja beriya-iya mahu mensensasikan lawatan tersebut kerana mahu memberikan persepsi buruk kepada rakyat kononnya Najib menerima layanan VIP di Penjara Kajang.

Realitinya jabatan penjara tidak menafikan hak individu yang dipenjarakan untuk menerima lawatan selagi mana ia mengikut peraturan yang ditetapkan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts