SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR, MEIO ATAU PAKATAN HARAPAN?

369
SHARES
2.2k
VIEWS

Semalam dilaporkan di media-media mengenai bekas pegawai-pegawai kanan perisikan yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai menerima dana sebanyak AS$12 juta daripada sumber asing namun disalurkan melalui Timur Tengah.

Sumber media kononnya melalui seorang penyiasat kanan yang enggan namanya didedahkan berkata, wang itu dibawa ke Malaysia menjelang PRU-14 dan beliau enggan mendedahkan maklumat lanjut berkaitan sumber dana-dana itu.

Beliau berkata SPRM sedang menyiasat sama ada wang tunai itu digunakan untuk tujuan pilihan raya.

Persoalan dan keraguan:

Jika pihak kerajaan sebelum ini iaitu Barisan Nasional menerima ‘dana asing’ melalui agensi atau jabatan seperti Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri ini dikatakan sebagai “kemungkinan aspek keselamatan diceroboh”, maka “pegawai kanan” yang sama dan SPRM wajar menyiasat pelbagai laporan polis terhadap pengakuan Presiden Insitut Republikan Antarabangsa (IRI) yang mengakui;

  • Dana diberikan kepada pembangkang melalui National Endowment Democratic (NED) di mana mereka telah bekerjasama mereka sejak 2002 (pengkhianatan kepada negara)
  • IRI dan pemimpin Pakatan Harapan bertemu di Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk membincangkan hala tuju kerajaan baharu (mencampuri dan mempengaruhi urusan pentadbiran negara)
  • Kerajaan Malaysia di bawah “pengaruh asing” (kerajaan asing sedang mempengaruhi keputusan kerajaan)
  • Pakatan Harapan telah mengambil beberapa langkah awal sejak menubuhkan kerajaan antaranya menyekat pelaburan infrastruktur negara China (boleh dilihat jelas melalui pembatalan pelbagai projek Malaysia-China

Ini kerana tuduhan bahawa Bahagian Penyelidikan mendapat dana ini berlaku ketika kerajaan Barisan Nasional masih menjadi kerajaan dan kerajaan setiap negara di dunia mendapat pelbagai bantuan termasuk dana, hadiah, pinjaman dan sumbangan dari negara lain namun semuanya bertujuan untuk membantu kerajaan tersebut.

Malah, sehingga kini tuduhan ini hanya satu dakwaan dan persepsi yang belum dibuktikan, berbeza dengan Pakatan Harapan ketika menjadi pembangkang yang menerima dana dan bantuan latihan dari kuasa/negara asing bagi bertujuan menjatuhkan kerajaan, mempunyai bukti rakaman pengakuan Daniel Twining.

Berbanding Russia dan China yang menjadi kuasa besar di dunia yang kurang berminat mencampuri urusan kerajaan negara lain, hanya Amerika yang kerap mencampuri urusan dan memberikan bantuan kepada pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan di negara Islam terutamanya negara yang mempunyai minyak.

Berikut adalah kenyataan “pegawai kanan SPRM” tersebut yang boleh didapati di media-media.

“Apa yang kami ketahui setakat ini, suspek-suspek terbabit menggunakan kuasa mereka untuk mendapatkan akses khas di lapangan terbang (Malaysia).”

“Persoalannya sekarang berkaitan pelanggaran keselamatan negara.”

“Pertama, terdapat isu bagaimana wang itu dibawa masuk ke negara kita tanpa dikesan.”

“Kami percaya mereka mengisytihar wang tunai itu sebagai benda lain untuk melepasi sistem keselamatan lapangan terbang.”

“Ini melanggar prosedur keselamatan di pintu masuk negara kita.”

“Kedua, apa urusan jabatan kerajaan untuk menerima dana daripada sumber asing dan untuk tujuan apa? Jadi ada kebimbangan terhadap kemungkinan aspek keselamatan negara diceroboh.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts