APA JADI DENGAN PENGISYTIHARAN ASET? – SYED SADDIQ

67
SHARES
216
VIEWS

Ahli Parlimen MUAR Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertikai kerajaan dan rakan-rakan seperjuangannya pada hari ini yang dilihat masih gagal mengisytihar harta seperti sebelum ini. 

Malah beliau berkata banyak jolokan, makian dari ‘pihak sana’ apabila beliau mengutarakan isu ini. Namun partinya MUDA tetap dengan pendirian agar semua calon PRN wajib isytihar harta masing-masing. Selain itu, wujudkan juga akta yang mewajibkan ADUN agar mengisytihar harta mereka. 

2018: Kabinet bersetuju dan mewajibkan semua menteri-menteri isytihar aset. Saya antara Menteri pertama yang mengisytiharkan aset.”

Bukan itu saja, 2019: Dewan Rakyat dan Dewan Negara luluskan usul bagi mewajibkan kesemua 222 Ahli Parlimen untuk mengisytiharkan aset mereka. Tidak kisah pembangkang, kerajaan masing-masing dah isytiharkan.” 

2020: Kerajaan bertukar, Perdana Menteripun bertukar. Tetapi pengisytiharan aset tetap dilakukan.” 

Beliau juga berkata, pada PRU-15 lepas, beliau selaku Presiden MUDA telahpun memimpin melalui teladan mengisytiharkan aset beliau dan diikuti oleh semua calon-calon partinya. 

There’s nothing to hide. Inilah #PolitikBaru yang MUDA ingin bawa. Ketelusan wajib ada, supaya rakyat boleh menilai.” 

Tetapi yang mengecewakan, rakan-rakan seperjuangan dalam bab ini tidak pula memegang prinsip ini lagi selepas PRU-15. Sudah 7 bulan. Di manakah pengisytiharan aset kabinet kerajaan hari ni?” 

Ini bukan perkara baru. Dahulu, guidelines dah ada, usul dah lulus, sistem dah wujud, website dah buat.”

Beliau kecewa kerana kerajaan hari ini dilihatnya seperti bersikap acuh tidak acuh dalam isu ini dan mempertikai kenapa susah mahu bersikap telus dengan rakyat? “Ketelusan berkala wajib ada untuk elak sebarang rasuah,” tambahnya lagi.

Syed Saddiq turut melontarkan pertanyaan, bilakah pengisytiharan aset dalam kalangan kabinet kerajaan akan dilakukan dan apakah parti-parti yang bertanding PRN ini bertekad untuk laksanakan pengisytiharan aset ini?

Jawapannya ada pada Perdana Menteri namun ketika ini mungkin terlalu singkat kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah terlalu hampir. Mungkin selepas itu boleh dilakukan jika ada kemahuan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts