TAKLIMAT KHAS MALAYSIA MADANI SIRI KE-2

73
SHARES
235
VIEWS

Seramai 230 orang pegawai lapangan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) hadir di Dewan Raflessia, National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), Bangi, Selangor pada hari ini untuk mendengar taklimat khas Malaysia Madani siri ke-2.

Taklimat ini yang merupakan kerjasama strategik antara tiga jabatan dianjurkan untuk memastikan pegawai lapangan dibekalkan dengan informasi yang tepat dan jelas mengenai Malaysia MADANI agar ia dapat disebar luas ke peringkat akar umbi.

Taklimat khas Malaysia MADANI telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohammad Agus Bin Yusoff, Ketua Pengarah J-KOM dan ia diperjelaskan lagi oleh Encik Mohammad Azziyadi bin Ismail, Pengarah Zon Tengah J-KOM selaku penceramah jemputan.

Turut hadir, YBrs. Encik Ahmad Kamal Idris bin Mohd Nawawi, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), YBrs. Tuan Haji Suwardi bin Haji Guliling, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan YBrs. Encik Mohd Ali Hanafiah bin Abu Hassan, Pengarah KEMAS Negeri Selangor.

Taklimat seterusnya akan dilaksanakan di empat (4) negeri iaitu di Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts