ANAK MUDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA – ANWAR

336
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersama anak-anak muda dalam program Temu Anwar: Bicara Pendidikan MADANI di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kepala Batas, semalam.

Peluang tersebut beliau gunakan untuk menjelaskan agenda Kerajaan Perpaduan serta menjawab pelbagai soalan dan menerima pandangan daripada anak muda.

Dalam kesempatan bertemu anak-anak muda ini juga beliau jelaskan bahawa pengundi muda yang berusia 18 hingga 25 tahun mempunyai pengaruh kuat dalam mencorakkan politik negara sekaligus berupaya menentukan masa depan negara.

Sehubungan itu golongan muda ini harus membuat keputusan bijak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan pada minggu hadapan kelak bagi menentukan masa depan negara serta memastikan golongan belia negara ini terjaga.

Mereka juga perlu teguh untuk menghentikan segala hinaan yang melibatkan kaum dan agama, agar amalan hidup sebagai keluarga yang harmoni terus kukuh dalam kalangan rakyat, sekaligus menyelamatkan negara ini.

Insya-Allah anak-anak muda ini boleh menjadi penentu kepada perubahan yang lebih baik kepada negara sekiranya mereka sentiasa memastikan maklumat yang mudah diperolehi ketika ini hanya daripada sumber yang sahih dan berfakta.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts