YAB PERDANA MENTERI HARGAI USAHA DELL TECHNOLOGIES RANCAKKAN EKONOMI NEGARA

337
SHARES
2k
VIEWS

Selepas meluangkan masa bersama anak-anak muda di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam program Temu Anwar: Bicara Pendidikan Madani, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus ke sesi dialog dan minum petang bersama warga Dell Technologies.

YAB Perdana Menteri berkata, beliau mempunyai banyak kenangan manis bersama pengasas Dell yang memperkenalkannya kepada dunia teknologi terutamanya komputer peribadi.

Beliau juga menghargai usaha Dell Technologies selama ini yang membantu merancakkan ekonomi negara dengan menggaji lebih tujuh ribu pekerja di seluruh Malaysia sejak dahulu lagi.

YAB Perdana Menteri juga berharap usaha mereka ini tidak terhenti di sini sebaliknya akan terus mengembangkan pelaburan mereka di negara ini.

YAB Perdana Menteri juga berkesempatan ditanya dalam sesi dialog berkenaan perancangan kerajaan untuk menstabilkan nilai ringgit berbanding mata wang asing terutamanya dolar Amerika.

Beliau menjelaskan bahawa isu mata wang ini amat kompleks kerana ia melibatkan hubungan dengan kesan tindakan ekonomi yang diambil oleh Amerika Syarikat yang di luar kawalan Malaysia.

Bagi mengurangkan impak terkait isu ini, beliau menyatakan bahawa sebarang urus niaga perlu dilakukan dengan menggunakan mata wang negara masing-masing agar kesan daripada kejatuhan mata wang ini sedikit sebanyak dapat dikurangkan, Insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts