Secara logiknya, Nik Abduh sepatutnya menjadi calon mana-mana DUN. Ini kerana beliau bukanlah orang ‘biasa-biasa’ dalam PAS.
Tetapi, apabila beliau tidak dicalonkan pada PRN ini, tentulah ada sesuatu yang tidak kena. Kesimpulan mudahnya, Nik Abduh tidak dikehendaki dan menjadi ancaman kepada pesaingnya dalam PAS.
Maknanya, dalam PAS sendiri, wujud percaturan dan perebutan kuasa. Apa yang aku ingin simpulkan, PAS hanyalah sekadar sebuah parti politik seperti UMNO.
PAS tidak suci dan bersih daripada orang-orang yang gila kuasa dan jawatan untuk habuan duniawi.
Kepada penyokong PAS, anda fikirlah. Anda bertungkus-lumus berkempen dan menyokong PAS seolah-olah PAS adalah sebuah agama yang suci, tetapi pemimpin-pemimpin PAS sendiri sedang bergaduh merebut kuasa sesama sendiri.
Jusoh Gobek