PROGRAM SANTUN KOMUNITI MADANI SIRI 3 DEKATKAN J-KOM DENGAN KOMUNITI SETEMPAT

84
SHARES
271
VIEWS

Program Santun Komuniti MADANI Siri 3 yang dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Desa Sungai Abong, Muar, Johor pada 2 September 2023 (Sabtu).

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah J-KOM, YBhg. Dato’ Dr Mohammad Agus Yusoff dan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Negara YB Senator Tuan Mohd Hasbie Bin Muda.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan J-KOM dengan masyarakat setempat dan memperkukuh jaringan strategik bersama pemimpin tempatan.

Di samping itu, ia juga bagi menjalankan peranan J-KOM dalam penyampaian maklumat terutamanya mengenai konsep Malaysia MADANI, dasar-dasar kerajaan dan memupuk masyarakat berbudaya ilmu dan berjiwa patriotik.

Program yang telah dihadiri kira-kira 600 penduduk dan masyarakat setempat ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti mewarna bendera Malaysia, pemeriksaan kesihatan, taklimat kenegaraan dan Malaysia MADANI.

Selain itu aktiviti memancing dan konvoi bermotor Jalur Gemilang turut diadakan bagi lebih mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts