CHINA KEKAL RAKAN DAGANGAN PENTING SABAH

67
SHARES
215
VIEWS

1. China kekal menjadi rakan perdagangan yang penting buat Sabah dengan nilai dagangan meningkat 1.2 peratus kepada RM6.56 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dan kerajaan negeri berharap lebih banyak aktiviti perdagagan dan pelaburan dari negara itu masuk ke Sabah sejajar kerjasama baik ekonomi dan perdagangan dengan Malaysia.

2. Ketua Menterinya, YAB Datuk Seri Hajiji Noor berkata China kini adalah rakan dagang terbesar Malaysia dan negara ini juga menjadi antara rakan dagang utama China di rantau Asia Tenggara, justeru banyak lagi yang perlu dilakukan bagi mengukuh dan menyesuaikan strategi pembangunan Sabah dengan China menerusi rangkuman pemodenan China dengan gagasan Malaysia Madani dan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

3. Beliau berkata, dalam sektor pelancongan, kedatangan pelancong dari China mencatat pertumbuhan yang baik sejak pembukaan sepenuhnya sempadan negara itu pada Mac lalu. Untuk enam bulan pertama tahun ini, Sabah merekodkan seramai 17,040 kedatangan pelawat dari China, meningkat 680.6 peratus berbanding 2,188 orang dalam tempoh sama tahun lalu.

4. Di samping itu, pada ketika ini, Sabah dihubungkan terus dengan tujuh bandar utama di China menerusi 54 penerbangan mingguan dan 9,861 kapasiti tempat duduk dan berharap agar lebih banyak kesalinghubungan udara bagi meningkatkan lagi ketibaan pelancong China ke Sabah.

5. Peningkatan keseluruhan ketibaan pelawat di Sabah yang berjumlah 1,198,536 orang antara Januari hingga Jun tahun ini dengan nilai perbelanjaan pelancong yang direkodkan sebanyak RM2.45 bilion adalah petanda baik untuk Sabah.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana MenteriĀ 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts