DR. MASRIZAL: KEKAL ISTIQAMAH BERSAMA UMNO

443
SHARES
2.6k
VIEWS

DR. MASRIZAL: KEKAL ISTIQAMAH BERSAMA UMNO

Oleh Dato Dr. Masrizal

19 September 2018

Berita pengunduran diri DS Mustapha Mohamed @ To’ Pa daripada UMNO sekaligus melepaskan semua jawatannya agak mengejutkan ramai pemain politik & massa pada awal malam tadi.  Namun, tidak mengapalah, kita anggap Itu adalah hak & pendirian To’ Pa.

Kita perlu berpegang kepada realiti sebenar kita. 61 tahun kita sempat berjasa dan bertahan. 61 tahun kita menjadi kerajaan. 61 tahun kita selesa sejahtera serta kita aman bahagia.

Sekarang adrenalin politik dan tempo perjuangan kita sedang diuji dengan penuh kelasakan. Kita kena mempunyai daya tahan yang kuat dan kita perlu bangkit bersama!

Insyaallah Dato Seri Presiden yakni DS Zahid Hamidi akan hadapi semua ini walau susah macamana sekalipun kerana “haqqul Yaqeen” DS Zahid adalah berpaksikan kepada pesan Allah SWT dalam Al-Quran bahawa “Dia tidak akan menguji hambanya melainkan dengan ujian yang mampu hamba-NYA tempuhi.”

Doakanlah agar beliau senantiasa diberikan kekuatan oleh-NYA untuk mengharungi segala badai politik yang sedang dahsyat melanda umat Melayu Islam pada ketika ini.

DATO DR MASRIZAL
MANTAN SUPOL
YB DATUK SERI ZAHID HAMIDI

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts