TOK MAT HASAN: UMNO TERUS BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

91
SHARES
295
VIEWS

UMNO TERUS BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Oleh Dato Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan

Timbalan Presiden UMNO

Saya ingin mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir bahawa UMNO sudah tiada dan dakwaan bahawa ia tidak memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara, melainkan hanya mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan sedemikian adalah tidak benar. UMNO waktu ini wujud, berfungsi dan bergerak sebagai parti politik terbesar di Malaysia.

UMNO secara hakikatnya mempunyai lebih ramai ahli, lebih ramai pengundi dan lebih banyak kerusi. Kecuali beberapa Ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan parti, tidak berlaku gerakan besar-besaran meninggalkan UMNO.

Sekalipun saya akui UMNO berada dalam keadaan yang lemah dan susut pengaruhnya, Perhimpunan Agungnya yang lepas telah mengambil keputusan untuk merawat, memulih dan membangunkan semula UMNO sebagai gerakan kebaikan untuk bangsa Melayu dan Malaysia.

Walaupun diakui ada beberapa pemimpin UMNO sebelum ini yang melakukan perhitungan yang tersasar, janganlah kita menghukum jutaan orang Melayu yang bernaung di bawah UMNO. Mereka adalah ahli biasa, yang tinggal di seluruh pelusuk tanahair dan tidak melakukan apa jua kesalahan.

In sha Allah, iltizam saya dan rakan-rakan ialah UMNO itu akan kami pulih dan islahkan.

Apabila sampai garis masanya, insyallah UMNO bukan sahaja akan terus berkelangsungan tetapi menjadi wadah yang lebih baik dan berwibawa.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts