SIAPA YANG MULAKAN SPEKULASI TUN TIDAK MAHU ANWAR MENJADI PERDANA MENTERI?

161
SHARES
520
VIEWS

Perdana Menteri ketujuh Tun Dr. Mahathir Mohamad sentiasa mengulang-ulang ‘mantra’ akan memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri walaupun tindak-tanduk beliau dan pasukannya membuktikan sebaliknya.

Tindak-tanduknya sendiri memberikan signal yang meragukan

Isu lantikan Council of Eminem Persons (CEP) dilanjutkan di sebalik retorik akan membubarkan majlis tersebut selepas 100 hari Pakatan Harapan memerintah menimbulkan tanda-tanya. Lanjutan daripada perkara ini mengundang kritikan keras daripada Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani yang lantang mengkritik majlis ini sebagai tanda-tanda Tun Mahathir tidak mahu melepaskan jawatannya.

Adakah Abdullah Sani meneka semberono kerana ingin menjaga ketuanya Anwar? Ataupun tindakan-tindakan Tun Mahathir sendiri yang sentiasa bermain dengan kata-kata antaranya beliau sanggup berkhidmat sebagai Perdana Menteri “jika itu adalah kehendak rakyat atau selagi mereka mahukannya” serta;

“Dua tahun itu bukan tempoh masa. Dia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat.”

Kata-kata beliau itu yang memberikan signal berlainan dan pelbagai persepsi rambang yang menjurus kepada keengganan beliau melepaskannya, selain dalam kem Bersatu sendiri memberikan signal jelas tidak mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Adakah UMNO yang memulakan propaganda Tun ingin menolak Anwar?

Dalam konteks ini, UMNO yang belum pulih dari kekalahan pada PRU-14 kelihatan sedikit goyah dan lesu sebagai pembangkang kecuali Datuk Lokman Adam yang berkobar-kobar melaungkan perjuangan, itupun setakat ini terlalu sibuk mempertahankan UMNO dari serangan luar dan dalam.

Ada dalam kalangan mereka yang memainkan isu ini namun setelah ia mula dimarakkan oleh kem Bersatu sendiri dan ini tidak dapat dinafikan UMNO bukan pencetus namun hanya bertindak mengikut situasi.

UMNO pula kini semakin sibuk dengan siri penangkapan ala “witch-hunt” para pemimpinnya termasuk bekas Presiden, Presiden dan juga Ahli Parlimennya. Tidak lama lagi UMNO akan semakin sibuk apabila Tun sendiri telah menyatakan selepas ini akan ada lebih ramai lagi pemimpin UMNO akan didakwa atas pelbagai kesalahan rasuah terutamanya melibatkan skandal 1MDB.

Semua Menteri Bersatu bermasalah dan tidak ‘perform

Di sebalik masalah kesihatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membelenggu beliau sepanjang masa, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang hanya mempunyai 14 kerusi selepas kemasukan Datuk Seri Mustapha Mohamed baru-baru ini, Bersatu juga dihantui oleh pelbagai masalah lain.

Dengan kelibat Syed Saddiq selaku Ketua Armada Bersatu yang akhir-akhir ini kerap cuba menonjolkan dirinya dengan cara pelik antaranya menunjukkan tubuhnya tidak berbaju dalam tab mandi, membuat kenyataan “makan tuan” mengenai Ketuanan Melayunya yang retorik, mampu menghancurkan Bersatu dari dalam.

Ini belum dengan kenyataan Menteri Bersatu seperti Dr. Maszlee Malik yang suka menyelesaikan masalah kurang penting seperti pakaian murid sekolah, Bersatu yang semakin caca-marba kini terpaksa menjilat ludah sendiri kerana ingin menarik “Ahli Parlimen UMNO yang jijik” ke dalam Bersatu setelah dilemparkan dengan macam-macam tohmahan.

Apatah lagi Rina Harun yang selalu tidak kedengaran kecuali kenyataan beliau gembira dengan penganugerahan Datuk Seri kepadanya yang akan meningkatkan semangat beliau untuk terus menabur khidmat dan bakti kepada masyarakat.

DAP tidak setuju UMNO menyertai Bersatu

Parti DAP pula kini secara terang-terangan ingin menghapuskan hak-hak Melayu selama ini yang dijamin Perlembagaan melalui hak kesamarataan dan kesaksamaan serta Malaysian Malaysia yang turut menyokong liberalisme dan pluralisme.

Tun Mahathir sendiri kelihatan lunak dan terpaksa tunduk dengan DAP apabila mengatakan terpaksa menyesuaikan diri dengan dua perkara ini yang tentunya bertentangan dengan Islam dan budaya melayu itu sendiri.

Ditambah dengan masalah terkini iaitu parti DAP mula menunjukkan tentangan dan tidak bersetuju dengan langkah Tun Mahathir mempelawa ahli dan pemimpin UMNO ke dalam Bersatu.

Tun Mahathir amat perlukan bantuan bekas menteri-menteri UMNO

Perkara ini mengakibatkan Tun Mahathir yang selama ini adalah seteru utama DAP mula berasa bimbang dan terdesak memerlukan penyertaan UMNO walaupun beliau “menjual mahal’ sebelum ini apabila menolak cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan tiga empat Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berjumpa dengannya untuk merundingkan penyertaan ke dalam kerajaan.

Hakikat sebenarnya Tun Mahathir malu mengaku beliau amat memerlukan bantuan menteri-menteri Barisan Nasional yang berpengalaman, atau sekurang-kurangnya kurang membuat kesilapan-kesilapan besar seperti menteri-menteri sedia ada yang beliau lantik dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Faktor Anwar Ibrahim ‘menghantui’ kem Tun Mahathir

Kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja menakutkan Tun Mahathir malah mereka yang berada di sekelilingnya yang selama ini menasihati beliau turut takut sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri.

Termasuk dua Menteri iaitu Datuk Seri Mohd. Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang lantang mengkritik Anwar sebelum ini.

Kemaraan Anwar tidak boleh dihalang lagi kerana setiap janji wajib ditepati walau berapa tidak sukanya  mereka terhadap Anwar malah kem Tun Mahathir dan Bersatu juga akan berakhir sekiranya beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Walaupun hasrat Tun Mahathir untuk menjadikan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai salah seorang Perdana Menteri, namun diketahui umum Mukhriz tidak layak dan lemah dalam mentadbir walau hanya menjaga sebuah negeri sebelum ini.

Azmin pula tentunya masih jauh perjalanannya untuk menimba pengalaman untuk layak dilantik sebagai Perdana Menteri walaupun ada desas-desus dalam Bersatu sendiri mengatakan “Azmin adalah Perdana Menteri selepas Tun Mahathir”.

Terkini dalam sesebulan dua ini, dalam kem Bersatu sendiri berkata terdapat ura-ura Tun Mahathir akan menyerahkan tampuk pimpinan negara kepada Anwar pada Februari tahun depan.

Jika perkara ini yang ditetapkan Allah Taala maka tidak akan ada sesiapapun yang mampu menghalangnya.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts