SUDAH-SUDAHLAH ‘MENJILAT’, CHEF WAN

285
SHARES
911
VIEWS

Bagus betul cara Chef Wan membantu kempen Pakatan Harapan.

Antaranya dengan marahkan bekas Perdana Menteri beri RM5000 kepada peneroka FELDA.

Peneroka Sungai Koyan dan sesiapapun yang dengar tentunya melopong dan hairan.

Carilah topik lain Chef Wan, dari memalukan diri sendiri dengan cubaan ‘spin’ yang tidak menjadi

Ini bantuan rakyatlah, Chef Wan.

Tetapi bagus juga Pakatan Harapan menampilkan beliau.

Maklumlah chef selebriti ini boleh masak-masak sambil berceloteh.

Pakatan Harapan bertindak bijak menggunakannya yang juga terkenal sebagai penyokong tegar Pakatan Harapan.

Ini kerana penyokong tegar tidaklah berfikir logik sangat.

Chef Wan bukanlah ‘rakyat’ seperti yang lain.

Jika rakyat, mereka akan berfikir mana baik dan mana buruk, itu yang akan disokong.

Bertentangan dengan ‘penyokong tegar’ yang ‘menjilat’ sehabis-habisnya.

Yang salah tetap betul dan dicari jalan pula untuk kelihatan betul.

Berbeza dengan ‘rakyat’, mereka boleh berfikir bagaimana teruknya Pakatan Harapan memerintah.

Rakyat melihat sendiri bagaimana keadilan (rule of law) hanya ditegakkan sebelah pihak.

Perdana Menteri juga lemah, terpaksa mengikut cakap dan kehendak DAP.

Lemah fizikal dan lemah kawalan terhadap Menteri Kabinetnya.

Rakyat melihat pembohongan dan u-turn berlaku hampir setiap hari.

Realiti ini membuatkan rakyat marah dan memberontak.

Rakyat pula yang u-turn kerana tahu Pakatan Harapan hanya pandai berbohong.

Rakyat mula sedar mana yang baik dan mana yang buruk.

Mana kebenaran dan mana pembohongan.

Kalau penyokong tegar seperti Chef Wan memang masih tidak sedar-sedar.

Sebab itu mudah Pakatan Harapan menampilkan Chef Wan untuk membantu kempen mereka.

Harapan agar Chef Wan mampu menarik minat pengundi kerana Sungai Koyan ini kampungnya sendiri.

Ya betul, Chef Wan memang mampu, tetapi mampu menarik kecaman netizen.

Termasuk di laman Facebook Go Shop sendiri di mana Chef Wan adalah dutanya.

Buat lagi kenyataan kurang wajar, teringin menampar Isa Samad dan Najib.

Sebodoh itu kenyataan beliau, dek kerana marah dan bencinya kepada Najib.

Marah kerana Najib memberi wang kepada rakyat, kepada peneroka FELDA sebanyak RM5000 seorang.

Kebencian mengaburi akal beliau untuk menentukan mana benar dan mana salah.

Beliau marahkan pengurusan FELDA  dan marahkan Najib kerana membiarkannya dari berlaku.

Beliau mungkin tidak baca surat khabar dan menonton TV melihat Isa Samad disiasat oleh SPRM.

Terkini selepas dikecam netizen, beliau meminta maaf dan mengaku tersilap.

Alasan Chef Wan kerana dirasuk syaitan yang membuatkan beliau naik marah.

Atau mungkin kerana bos Go Shop dirasuk syaitan dan naik marah kepada beliau.

Sudah-sudahlah Chef Wan, lain kali fikir sebelum cakap.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts