ULASAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS OLEH DATO PADUKA DR IBRAHIM ALI:
PRK CAMERON HIGHLANDS
PH TEWAS – BN MENANG
1. Kemenangan besar CALON BN membawa erti isu IMDB, SRC dan kleptokrasi kepimpinan DSNR sudah berakhir. Rakyat sudah jemu dan fed up.
2. Ia juga mengesahkan RAKYAT MENERIMA HAKIKAT PH ADALAH PEMBOHONG kerana gagal menunaikan janji Manifesto dan janji 100 hari jika menang PRU-14.
3. Amat jelas dan tegas orang melayu MENOLAK DAP yang membawa Dasar Malaysian Malaysia iaitu Dasar Kesamarataan yang kini menjadi Dasar PH dengan slogan ‘haprak’ Malaysia Baru.
4. Rakyat juga menolak berbagai kenyataan yang dibawa oleh pemimpin PH kononnya negara akan bankrup jika tidak tukar kerajaan. Propaganda PH sebelum PRU-14.
5. Rakyat juga naik benci atas sikap angkuh para menteri PH dengan lagak serta egonya yang melampau tetapi kerja dan tugas bercelaru
6. Orang Melayu menolak PH bulat-bulat kerana melihat berbagai angkara yang tidak menyenangkan saperti penghinaan terhadap Islam Raja-Raja Melayu dan orang melayu di mana tidak ada tindakan tegas malah seolah seolah kerajaan lepas tangan.
7. Kenyataan celupar oleh segelintir Melayu liberal dan peranan Cik Siti Kassim dan Ambiga yang menyokong PH menjadikan orang Melayu naik muak dan muntah.
8. Gelagat pemimpin Melayu dalam Bersatu, Amanah dan PKR juga membuat orang Melayu naik benci dan meluat. Adakala pemimpin Melayu PH sendiri mempersenda maruah Melayu dan Islam kerana mahu mendapat undi Cina dan India sanggup buat macam-macam hal.
Malah ada yang bersikap tidak beradab, kasar dan kurang ajar. Contohnya seorang Exco Melaka dan seorang Timbalan Menteri yang berkempen di PRK Cameron Highlands baru-baru ini.
9. Rakyat juga terkejut dengan berita anak Mat Sabu ditangkap positif dadah. Bapa cakap berdegar-degar dan sering mencemuh pihak lawan tetapi gagal mendidik anak sendiri.
10. Rakyat juga menjadi bosan dan meluat kerana melihat pemimpin PH ‘cakap tidak serupa bikin’. Sebelum PRU-14 menuduh UMNO/BN menyalahgunakan kuasa seperti menggunakan kemudahan kerajaan tetapi semasa PRK Cameron Highlands pemimpin PH melakukan perkara yang sama.
BERSIH adalah alat propaganda PH sebelum ini. Natijahnya rakyat berkata 2×5 dan 5×2 sama sahaja. Lebih baik BN kata mereka, kerana kurang hipokrit daripada PH. Nampak alim tetapi tak alim. Rakyat tolak sifat hipokrit yang melampau.
11. Gembar-gembur MP UMNO melompat menguntungkan UMNO/BN. Aneh. Pelik tapi benar. Apatah lagi dicop pula lompat beruk.
Ini juga rakyat jijik terutama yang mendapat banyak faedah dari UMNO seperti pangkat projek dan jawatan menteri. Ianya rahmat yang tidak terduga kepada UMNO rupanya kerana rakyat boleh kenal antara permata dan kaca yang sebenarnya.
Kempen PH di PRK Cameron Highlands diburukkan lagi dengan kehadiran Mustapha Mohamad. Kehadirannya berkempen di Cameron Highlands bukan sahaja membantu mengurangkan undi PH tetapi menambahkan lagi rasa jelik orang ramai kepada PH. Inilah antara yang diperkatakan di kedai-kedai kopi.
12. Kes kematian arwah Adib, pegawai bomba juga membuat orang Melayu terlalu kecewa kerana sampai sekarang yang dituduh hilang dan tidak ditangkap. Sepatutnya berada dalam penjara tanpa jaminan. Sekarang terpaksa menunggu inkues pula yang belum pasti apa kesudahannya. Orang melayu amat marah dan pendam kemarahan di hati masing-masing.
13. Sebenarnya tugas Tun M sudah berakhir. Matlamat Tun M hanya mahu singkir DSNR. Misi sudah selesai. Apakah tergamak untuk menyerah kuasa politik kepada DAP yang ‘kelingking berkait’. Nasi sudah menjadi bubur.
14. Pengundi Cina dan India tetap solid kepada DAP/PH. Kepada orang Cina, mereka sudah menguasai ekonomi. Kini mereka mahu menguasai kuasa politik. Sekarang mereka sudah hampir dapat. Bagi orang Cina ‘now or never‘.
15. Faktor calon juga memberi kelebihan kepada BN. Orang Asli hampir bulat kepada calon BN. Parti Pribumi Bersatu gagal menarik sokongan Orang Asli kepada PH.
Orang Asli naik bingung dan terkeliru bagaimana Parti Pribumi yang mendakwa berjuang untuk kaum pribumi tidak menyokong calon Orang Asli tetapi menyokong calon DAP orang India.
Orang Asli Cameron Highlands hebat. Bijak menilai dan membuat keputusan. Tahniah buat mereka. Saya menyokong secara peribadi dan berkempen untuk YB Ramli calon Orang Asli beragama Islam melawan calon DAP. Ini juga ibadat yang pasti mendapat ganjatan pahala mengikut ajaran Islam. Ia juga tuntutan semasa berdasarkan kemelut politik tanah air.
16. Faktor utama kemenangan BN juga adalah strategi kerjasama UMNO dan PAS. Sumbangan undi penyokong tegar Pas tidak sedikit. Kekalahan PRU-14 adalah kerana 3 penjuru. Jika Pas tidak bertanding terdapat 29 kursi Parlimen PH tidak akan menang dan memberi kelebihan kepada BN.
17. Perjalanan ‘Rules of Law‘ nampaknya pilih kasih. Pengundi elit dan pengundi muda tidak senang hati kerana mereka melihat Rules Of Law dilaksanakan secara pilih kasih. Dulu BN juga dituduh mengamalkan pilih kasih tetapi kini PH juga dilihat mengamalkan perkara yang sama.
Pendapat ulasan saya ini tanpa apa-apa sentimen dan ianya secara ilmiah. Sedikit pengalaman yang saya ada dalam dunia perjuangan politik yang sentiasa di akar umbi, menjadi panduan kepada asas ulasan dan pengamatan saya terhadap PRK Cameron Highlands secara jujur dan ikhlas.
Bagi UMNO/BN, kemenangan PRK Cameron Highlands adalah permulaan dari kekalahan teruk PRU-14 sehingga kehilangan kuasa.
Perjalanan baru bermula dan masih jauh. Jangan angkuh dan sombong. Rakyat mahu pemimpin yang bersih dan dilihat bersih terutama generasi muda.
Jika Dato Seri Mohamad Hasan diangkat sebagai Pemangku Presiden dan bukan setakat menjalankan tugas Presiden nescaya kebangkitan semula UMNO seumpama bedilan bunga api.
Selepas kalah dan hilang kuasa pada PRU-14, UMNO ibarat dilanda koma dan nazak.
Selepas PRK Cameron Highlands, mereka sudah sedar dan buka mata. Tapi belum dapat dipindah ke CCU. Masih dalam perhatian rapi rakyat. Peminpin UMNO yang sedia ada kenalah berkorban jika ingin melihat UMNO/BN bangkit semula. Sekarang cahaya di hujung terowong berkelip kembali. Jika tidak, mungkin hidup, tetapi cacat atau lumpuh.
Maaf jika mana-mana pihak tersinggung. Niat saya sekadar memberi pendapat ikhlas sebagai satu ulasan poltik dari seorang ahli politik yang bebas dan tidak berparti sejak 2003.
Terima kasih.
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Presiden Perkasa mantan Ahli Parlimen.
28 Jan 2019