TINDAKAN PROVOKASI PENYOKONG PH DI PROGRAM BOSSKU

638
SHARES
2.8k
VIEWS

Saya ingin bertanya tujuan sebenar lima orang pemuda membuat provokasi di majlis sembang santai Dato’ Seri Najib bersama mahasiswa di Lembah Pantai tengahari tadi.

Tindakan pemuda-pemuda ini adalah suatu tindakan yang biadap serta mengundang bahaya kepada diri mereka sendiri.

Dato’ Seri Najib tidak pernah membuat provokasi di majlis orang lain atau di majlis-majlis PH.

Mengapa penyokong-penyokong PH perlu buat provokasi di majlis beliau?

Provokasi begini boleh merebak menjadi insiden pergaduhan malah rusuhan kaum, lebih-lebih lagi yang membuat provokasi adalah satu kumpulan yang terdiri daripada satu kaum kepada majlis yang dihadiri oleh hampir semua orang Melayu yang telah mengundang kemarahan orang-orang Melayu di situ.

Mengikut sejarah, tragedi 13 Mei 1969 bermula apabila hanya beberapa orang pemuda Cina menyuruh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur balik kampung.

Daripada insiden provokasi kecil ia telah merebak menjadi besar yang mengakibatkan ramai orang terbunuh.

Insiden di Lembah Pantai tadi boleh merebak menjadi tragedi yang besar hanya kerana tindakan provokasi beberapa orang yang tidak berakal.

Walaupun isu yang dibawa bukan isu perkauman, namun ia melibatkan provokasi daripada satu kumpulan yang terdiri daripada satu kaum ke atas satu kumpulan kaum yang lain.

Sejarah membuktikan yang hal ini membawa padah dan malapetaka.

Tindakan lima orang pemuda Cina ini adalah satu tindakan yang bodoh dan membahayakan diri sendiri dan orang ramai terutama dalam keadaan sensitiviti kaum yang telah meningkat di kebelakangan ini.

Kita hidup dalam rumah kaca yang berbilang bangsa.

Jangan lontar batu kepada orang lain dalam rumah kaca.

Saya sarankan kepada pihak polis supaya menyiasat siapa yang mengupah atau menyuruh pemuda-pemuda ini untuk melakukan provokasi tersebut.

Isham Jalil

Presiden SUKARELAWAN MALAYSIA

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/429890651099798/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts