PESANAN SAKA MALAYA

178
SHARES
571
VIEWS

1. Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri di Malaysia ini sangat unik dan berimbang.

2. Tanah Melayu ini asalnya milik Sultan. Rakyatnya juga adalah rakyat kepada Sultan yang memerintah.

3. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah detik di mana Raja-Raja Melayu meminjamkan kuasa pemerintahan Baginda kepada Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh seorang yang digelar Ketua Menteri.

4. Maka Merdekalah Persekutuan Tanah Melayu itu pada 31 Ogos 1957 dengan Ketua Menteri Malaya masih berkuasa atas kuasa eksekutif yang dipinjamkan oleh Raja-Raja Melayu.

5. Pada 16 September 1963, Ketua Menteri Malaya memasuki perjanjian dengan Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia pula.

6. Mulai 16 September 1963, Ketua Menteri menukar gelaran kepada Perdana Menteri Malaysia dengan masih menggunakan kuasa eksekutif yang dipinjam daripada 9 orang Raja-Raja Melayu.

7. Konsep Raja Berpelembagaan memberikan kuasa mutlak kepada YDPA melantik Perdana Menteri atas budi bicara Baginda tertakluk kepada memilih seseorang yang pada hemat Baginda akan memperolehi sokongan majoriti Ahli Dewan.

8. Memilih Menteri Besar juga membawa konsep dan kaedah yang sama, inilah satu-satunya kuasa Raja-Raja Melayu yang tidak dipinjamkan kepada Perdana Menteri.

9. Cuma selepas Baginda melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar, kuasa pentadbiran Baginda telah dipinjamkan kepada Perdana Menteri atau Menteri Besar yang telah Baginda perkenankan lantikannya.

10. Adalah biadap untuk seorang Perdana Menteri menyatakan Raja itu tiada kuasa sedangkan kuasa yang ada padanya sekarangpun adalah hasil pinjaman kuasa yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu.

11. Tujuan semua ini hanya satu. Untuk mewujudkan Keharmonian dan keseimbangan kuasa antara Raja dengan Eksekutif untuk faedah rakyat jelata.

12. Ada kalanya, rakyat berpayung kepada Raja untuk menentang Eksekutif yang zalim. Dan ada ketikanya, rakyat berpaut kepada eksekutif untuk menegur Raja yang melampaui batas.

13. Jadi bincanglah elok-elok.

14. Benda boleh bincang janganlah digaduhkan.

15. Tanah Melayu ini ada sakanya. Dan saka itu ada penjaganya.

Buzze Azam

Bandar Baru Sentul

8.27pm

10 April 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts