Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Latheefa Koya ini sebenarnya yang tidak faham Bahasa Tweet TMJ.
Malaysiakini dan Latheefa Koya gagal menterjemahkan tweet TMJ berkenaan secara tepat apabila mentafsirnya sebagai;
“Kenapa kita memerlukan perjanjian antarabangsa ketika kekejaman masih berlaku terhadap rakyat Palestin”, sedangkan terjemahan sebenar kepada tweet TMJ itu adalah;
“Jika semua perjanjian antarabangsa ini adalah bagus dan efektif, kenapa kita masih menyaksikan kekejaman masih berlaku terhadap rakyat Palestin?”
TMJ dalam tweet berkenaan tidak langsung menunjukkan pertanyaan “kenapa kita perlu undang-undang kalau kesalahan masih berlaku”.
“If all these international treaties are really good and effective, then why do we still see the atrocities towards Palestinians in Palestine over the last few decades? Full stop.” -TMJ
Jadi kesilapan penterjemahan Latheefa Koya dan Malaysiakini membawa impak terhadap mereka yang terpaksa memberi pendapat yang kelihatan bodoh, hasil dari kesilapan mereka memahami tweet berbahasa Inggeris yang digunakan oleh TMJ.
Maksud tweet TMJ itu bukan bermaksud kita tidak memerlukan undang-undang antarabangsa tetapi TMJ mempersoalkan keberkesanan undang-undang tersebut yang menyebabkan penindasan masih berlaku di Palestin.
Bermaksud juga TMJ mempersoalkan keberkesanan undang-undang antarabangsa tersebut bukan berkaitan kewujudannya.
Oleh itu apabila Latheefa Koya bercakap tentang mahu buang undang-undang jalan raya kerana masih berlaku kemalangan adalah tafsiran bodoh dan penuh kebencian terhadap seorang Raja dalam keadaan Raja itu maksudkan untuk anda memperbaiki dan memperkemaskan lagi undang-undang jalan raya itu agar kadar kemalangan boleh dikurangkan, bukan hapuskan terus undang-undang tersebut.
Jadi Peguam Latheefa Koya yang tidak cerdik dan tidak matang, bukannya TMJ.
(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)
Pautan ke berita MALAYSIAKINI yang melaporkan kenyataan Latheefa Koya bertajuk HUJAH TMJ BETUL-BETUL TAK CERDIK, KATA KUMPULAN PEGUAM adalah seperti di bawah;