JANGAN TERPEDAYA DENGAN LAKONAN DAP

392
SHARES
1.3k
VIEWS

Oleh Lau Chin Kok

Bukan main galak lagi pemimpin DAP dua hari ini berlakon kononnya membela Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham yang dikritik oleh Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing. Tetapi pada masa yang sama mereka mendiamkan diri apabila anak didik mereka Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) mengeluarkan kenyataan yang menghina Yang DiPertuan Agong, “Yang Di-Pertuan Agong should not Interfere in national affairs”.

Kenapa mereka mendiamkan diri bila anak didik mereka mengeluarkan kenyataan biadap ini? Inilah yang menunjukkan mereka semua pembohong dan hipokrit.

Kita semua setuju, YB Bintulu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu kepada Ketua Pengarah Kesihatan yang bertungkus lumus setiap hari menangani wabak Covid-19. YB Bintulu jangan lupa peranan kepimpinan yang dimainkan Dr Noor Hisham sejak penularan wabak bermula menular di Malaysia, sikap profesional dan dedikasi Ketua Pengarah Kesihatan kita menjadi satu inspirasi kepada semua dan turut diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Tuduhan liar ini perlu dihentikan segera kerana kita tidak mahu ia akan menjadi polimik yang berpanjangan DI kalangan rakyat.

Lihatlah saja pemimpin DAP, dengan pantas mereka menggunakan isu ini untuk menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat. Hari ini mereka menuduh kononnya Menteri Kesihatan tidak membuat apa-apa mempertahankan penjawat awam bawahannya.

Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah terbaru DAP ini, biarlah Kementerian Kesihatan dan Dr. Noor Hisham menjalankan tugas mereka tanpa gangguan dan provokasi murahan pemimpin DAP. Mereka sedang mengalami krisis kepercayaan rakyat jadi mereka perlukan tindakan populis untuk menarik minat rakyat menyokong mereka. Jangan mudah terpedaya.

Lihat sajalah sikap hipokrit mereka dalam isu penghinaan UMANY terhadap yang DiPertuan Agong, tiada satu ayatpun mereka mempertahankan baginda dan mengutuk sikap biadap Presiden UMANY tersebut. Tidak mungkinlah mereka akan mengutuk tindakan UMANY kerana mereka semua itu anak didik DAP yang menggerakkan doktrin mereka atas nama NGO pelajar.

Anasir-anasir seperti ini lebih berbahaya kepada perpaduan negara dan perlu dikena tindakan yang lebih tegas. Permohonan maaf dari UMANY dan meminta polis hentikan siasatan jangan dilayan, kerana perbuatan mereka ini telah menyentuh dasar penting dalam pemerintahan negara.

Siasat sampai ke lubang cacing, penyakit barah kepada perpaduan kaum di negara ini perlu dirawat dan dibuang jauh-jauh.

(Penulis merupakan Pengerusi Biro Media Baharu MCA)

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2085366981598619&id=123238147811522

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts