SUDAH TERKENA BARU SEDAR YA, WAHAI TIMBALAN MENTERI?

172
SHARES
555
VIEWS

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum PRU-14 sering membuat tuduhan liar bagi menimbulkan persepsi terhadap kerajaan Barisan Nasional yang memerintah ketika itu sehingga rakyat akhirnya percaya dengan pelbagai tuduhan tersebut walaupun mereka jarang menampilkan bukti.

Antara tujuan Pakatan Harapan sering membuat tuduhan bagi menimbulkan persepsi ini adalah untuk menimbulkan kesangsian dalam kalangan rakyat yang akhirnya individu tersebut ‘dibicarakan oleh media’, yang menjadi alat berkesan untuk membunuh karakter seseorang pemimpin.

Terkini, Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong menempelak Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendedahkan beberapa dokumen berhubung pegawai kanan Mat Sabu yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, pendedahan tersebut tidak adil kepada pegawai kanan Mohamad Sabu yang akan menimbulkan persepsi sebelum keputusan diketahui.

Ironinya kenyataan beliau kini berlapik dan khuatir sekiranya pegawai khas tersebut ‘dibicarakan oleh media’ yang akan menimbulkan persepsi buat pegawai kanan Menterinya sendiri yang tentunya sangat tidak adil dan berat sebelah.

Namun seperti yang diketahui umum, inilah karakter Pakatan Harapan yang suka membaling batu sembunyi tangan dan apabila terkena batang hidung sendiri, baru terhegeh-hegeh merayu keadilan.

“Rafizi boleh saja hubungi menteri atau saya atau individu yang dirujuk dalam kenyataannya untuk mendapatkan penjelasan.”

“Tiada keperluan untuk pegawai itu dibicarakan oleh media. Tidak perlu untuk Rafizi mendedahkan perkara ini.”

Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi dalam satu kenyataan semalam mendedahkan, ada empat bayaran meragukan yang didakwa diterima pegawai itu, membabitkan jumlah RM318,525, RM100,000, RM300,000 dan RM100,800 pada 30 Mei 2018 dan 31 Mei 20018 yang menurutnya alasan kononnya wang itu diperoleh hasil biaya awam untuk melepaskan pegawai itu daripada status muflis, adalah sukar diterima.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts