ISU KALIMAH ALLAH: UMNO MESTI TERUS BERJUANG

100
SHARES
323
VIEWS

DARI KETUA UMNO BAHAGIAN SELAYANG, SELANGOR | BICARA ISU SEMASA

Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan penganut agama Islam untuk merujuk kepada Tuhan akan terus menjadi kontroversi yang melingkari masyarakat majmuk Malaysia kerana:

a) Tidak ada satu arahan eksekutifpun yang secara tuntas menghalang penggunaan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan secara plural; dan

b) Tidak ada satupun keputusan Mahkamah yang memutuskan dengan tuntas, secara teologikal, bahawa kalimah Allah hanya boleh merujuk secara eksklusif kepada Allah SWT, mengikut tauhid Islam, dan bukannya merujuk kepada Tuhan secara plural.

Perjuangan UMNO adalah untuk memperjuangkan agar satu keputusan atau perintah eksekutif dikeluarkan untuk mengisytiharkan kalimah Allah hanya merujuk kepada Allah SWT menurut tauhid Islam, dan mengharamkan penggunaan kalimah Allah bagi merujuk kepada mana-mana Tuhan secara plural.

Keputusan atau perintah eksekutif ini akan dicabar oleh mereka yang terkilan di Mahkamah. Misi kedua UMNO adalah untuk memperjuangkan satu keputusan tuntas Mahkamah, secara teologikal, bahawa keputusan atau perintah eksekutif itu berPerlembagaan dan boleh dipertahankan. Jika boleh, keputusan bersifat deklaratori daripada Mahkamah Persekutuan.

Seperkara lagi, UMNO mesti memperjuangkan agar Undang-Undang Persekutuan diwujudkan bagi menghalang pendakyahan agama lain ke atas umat Islam. Sehingga kini, Artikel 11(4) hanya memperuntuk kuasa kepada Negeri-negeri untuk menggubal undang-undang sedemikian.

Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan:

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam

Ada negeri yang tidak menggubal undang-undang ini. Melalui Undang-undang Persekutuan yang dicadangkan, bolehlah diperuntukkan satu jadual istilah-istilah yang merujuk secara eksklusif kepada aqidah Islam dan tidak boleh digunapakai secara plural oleh lain-lain agama.

Hasnal Rezua Merican

Ketua UMNO Bahagian Selayang

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts