Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi
Rakyat pasti kecewa apabila YB Khairuddin tidak didakwa kerana melanggar PKP Covid-19.
Ada dua alasan kenapa keputusan itu dipersoalkan. Pertama kenapa terlalu lama untuk disiasat dan diputuskan. Pihak berkuasa macam bermain masa untuk mencari alasan.
Kedua, kerajaan dilihat tidak tegas. Pegawai KKM yang kononnya tidak memberi borang 14b kepada Khairuddin dijadikan ‘kambing hitam’.
Sedangkan rakyat biasa yang balik dari Sabah sebelum tarikh 27 September mengambil tanggungjawab dan inisiatif sendiri melakukan kuarantin di rumah selama 14 hari.
Ada yang mengeluarkan belanja sendiri untuk melakukan swab test. Bukan itu sahaja ada yang melakukannya sampai dua kali.
Maka dari segi moral sepatutnya sebagai Menteri, Khairuddin lebih mengetahui tanggungjawab beliau. Nyawa dia adalah juga nyawa orang lain.
Kini kerajaan dituduh melakukan ‘ketegasan selektif’. Rakyat kecewa.