WAJARKAH KHAIRY DIBERI PELUANG LAGI?

100
SHARES
323
VIEWS

1. Sebaik sahaja UMNO-Barisan Nasional tumbang di Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, Khairy Jamaluddin terus ‘meroyan’ demi untuk menyelamatkan dirinya. Mengkritik bekas Perdana Menteri, mengkritik Presiden hinggalah parti sendiri. Beliau perasan beliaulah yang layak menerajui UMNO pasca PRU-14. Rujuk artikel, “Layakkah Khairy menerajui UMNO” di pautan; https://editormalaysia.com/904/

2. Bahkan ketika Sidang Parlimen penggal pertama Pakatan Harapan memerintah, Khairy tidak mahu bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS selaku pembangkang keluar dewan membantah pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker yang didakwa melanggar peraturan Dewan Rakyat. Rujuk artikel, “Khairy wajar keluar dewan tanda muafakat” di pautan; https://editormalaysia.com/1765/

3. Tidak hairanlah beliau terang-terangan tidak bersetuju dan menyindir UMNO bekerjasama bersama PAS serta suka menyalahkan Presiden hatta apabila “pemimpin katak” UMNO yang keluar parti kerana takut disiasat. Rujuk artikel, “Khairy salahkan Zahid punca Mustapa keluar UMNO” di pautan; https://editormalaysia.com/3827/

4. Sikap Khairy seperti tidak sabar mahu keluar daripada UMNO tetapi tidak juga keluar sehingga ke hari ini. Rujuk artikel, “Bila Khairy akan tinggalkan UMNO?” di pautan; https://editormalaysia.com/1889/

5. Lebih teruk Khairy meroyan apabila tidak sangka beliau tidak digemari akar umbi dan lebih malang kalah pula bertanding jawatan Presiden UMNO. Rujuk artikel, “Khairy masih terkilan tidak dapat jadi Presiden UMNO?” di pautan; https://editormalaysia.com/4191/

6. Khairy berterusan ‘menyalak’ tanpa henti, namun hanya berani mengkritik pemimpin dan parti sendiri bukannya Pakatan Harapan. Rujuk pautan siri ‘salakan’ beliau di bawah;

6.1. “Sudahlah tu menyalaknya Khairy 1” – https://editormalaysia.com/932/

6.2. “Sudahlah tu menyalaknya Khairy 2: ‘Kehebatan’ Khairy” – https://editormalaysia.com/5164/

6.3. “Sudahlah tu menyalaknya Khairy 3: KJ masih belum ‘move on’ ” – https://editormalaysia.com/7374/

7. Bekas ahli MKT UMNO Datuk Lokman Noor Adam antara yang paling lantang mengkritik Khairy daripada berterusan mencemuh parti sendiri. Rujuk artikel di bawah;

7.1. “Khairy senyap apabila Islam, Raja-raja dan Melayu dipertikai” – https://editormalaysia.com/3431/

7.2. “Khairy Pak Lawak sebenar” – https://editormalaysia.com/3407/

7.3. “Khairy cari jalan untuk dipecat” – https://editormalaysia.com/3411/

8. Ahli MKT yang baharu, saudara Isham Jalil juga lantang dan kerap meminta agar Khairy hentikan kritikan terhadap pemimpin dan partinya sendiri. Rujuk pautan;

8.1. “Royanan KJ -” Isham Jalil” – https://editormalaysia.com/6516/

8.2. “Nazri dan KJ tidak perlu hina Najib sebegitu rupa” – https://editormalaysia.com/10798/

8.3. “Nazri dan KJ wajar hentikan kritikan” – https://editormalaysia.com/10805/

9. Bukan sekali malahan berkali-kali beliau bersikap seperti kacang lupakan kulit dan cuba menjadi “Pakatan Harapan-friendly” termasuk bertemu pemfitnah nombor satu Pakatan Harapan, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah. Wajarlah Ahli MKT UMNO Datuk Dr. Puad Zarkashi menggelarnya sebagai “aset kepada Pakatan Harapan”. Rujuk artikel, “KJ bukan ancaman tetapi aset (kepada PH)” di pautan; https://editormalaysia.com/5693/

Puad juga berkata Khairy tertekan dengan populariti Najib. Rujuk artikel, “Khairy ketinggalan kapal?” di pautan; https://editormalaysia.com/9618/

10. Sememangnya Khairy tidak mampu menyaingi populariti Najib. Rujuk artikel, “Beza populariti Khairy dan Najib” di pautan; https://editormalaysia.com/16023/

11. Jelas Khairy sebenarnya yang tidak boleh “move on“, sama seperti Mahathir kerana Najib semakin popular selepas UMNO tumbang. Rujuk artikel, “Kenapa KJ dan Mahathir sama-sama belum boleh ‘move on’?” di pautan; https://editormalaysia.com/16014/

12. Sikap narsistik Khairy berterusan menjadi liabiliti kepada parti, hatta ketika menjawat jawatan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan kini Menteri Kesihatan. Semakin bertambah rakyat yang membencinya, terutamanya berkaitan program vaksin yang menimbulkan banyak tanda tanya. Antaranya;

13.1. “Menteri gagal beri penjelasan isu keberkesanan vaksin” – https://editormalaysia.com/21539/

13.2. “Kos pembelian vaksin Covid-19 cubaan mencuri duit rakyat?” – https://editormalaysia.com/20101/

13.3. “Siasat segera isu komisen vaksin” – https://editormalaysia.com/25817/

14. Yang terkini, rawatan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak menjadi isu sedangkan jika Khairy ada akal dan sifat ihsan, tentu perkara ini dimudahkan. Termasuk memudahkan Najib mendapat rawatan di IJN, bukannya asyik berdolak-dalik kononnya beliau merupakan seorang banduan. Malah pemberian ubat juga menjadi isu sedangkan ia hal mudah untuk diselesaikan jika Khairy benar-benar mahu membantu rakan sesama parti. Rujuk artikel;

14.1. “Berilah rawatan terbaik kepada Najib, layanilah beliau seadil-adilnya” di pautan; https://editormalaysia.com/26394/

14.2. “Khairy ingkar arahan Perdana Menteri beri rawatan terbaik kepada Najib?” di pautan; https://editormalaysia.com/26403/

Justeru, persoalannya wajarkah Khairy diberi peluang lagi setelah terbukti menjadi liabiliti kepada parti? Cukup-cukuplah beri peluang kepada individu yang kerjanya hanya mengecam dan menyusahkan parti sendiri. Mungkin benar kata-kata “Khairy Jamaluddin sudah boleh ucap selamat tinggal kepada dunia politik“. Rujuk pautan; https://editormalaysia.com/25079/

– Ini kerana jika tidak tentu beliau akan ulangi lagi sikapnya yang oportunis dan mengingkari parti. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts