• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, June 4, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

KHAIRY INGKAR ARAHAN PERDANA MENTERI BERI RAWATAN TERBAIK KEPADA NAJIB?

Tiada sebab bekas Perdana Menteri keenam itu "dinafikan hak" untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk dirinya

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
September 15, 2022
in Laporan, Utama
0
KHAIRY INGKAR ARAHAN PERDANA MENTERI BERI RAWATAN TERBAIK KEPADA NAJIB?
16
SHARES
183
VIEWS

Sama ada arahan kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ini hanyalah ‘wayang’ antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri agar Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak diberi rawatan terbaik atau sememangnya Khairy lebih sudu dari kuah.

Jika arahan Perdana Menteripun berani beliau ingkar, mana mungkin bekas Perdana Menteri keenam itu akan memperoleh rawatan terbaik seperti arahan Ismail Sabri kepadanya. Lebih teruk, jika tidak mahu ubat-ubatan yang disediakan kerajaan, Khairy kata Najib boleh beli ubat sendiri. 

Nampak sangat Khairy sebenarnya tidak berapa cerdik. Isu ini bukan mengenai jenis ubat yang dimahukan atau biasa dipakai Najib. Isu ini adalah mengenai rawatan terbaik yang perlu Menteri dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikan seperti yang diarahkan Perdana Menteri. 

Bayangkan jika pemimpin pembangkang menerima layanan sebegitu sudah pasti mereka akan turun ke jalanan membantah. Tentu pelbagai pihak pro pembangkang akan menekan kerajaan untuk memberi rawatan terbaik kepada pemimpin mereka. Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menerima rawatan pakar daripada Jerman. Perkara ini tidakpun salah kerana itu hak beliau selaku rakyat Malaysia dan haknya itu dijamin oleh Perlembagaan hatta beliau berstatus banduan. 

Bayangkan jika Menteri Kesihatan itu daripada Pakatan Harapan maka tentu Anwar akan diberi layanan oleh KKM seperti raja, akan memperoleh apa sahaja yang dimahunya. Namun dalam isu ini tidak berlaku kepada Najib hatta Khairy sendiri daripada UMNO. Perdana Menteri juga daripada UMNO telah memberi arahan kepadanya untuk memberi rawatan terbaik kepada kepada bekas Perdana Menteri yang juga daripada UMNO. 

Maka kenapakah layanan sebegini yang diberikan kepada Najib oleh Khairy walaupun mereka daripada parti yang sama? Malah ini merupakan hak Najib untuk mendapat rawatan terbaik yang dijamin oleh Perlembagaan.

Justeru, adakah sebenarnya Khairy meneruskan agenda Pakatan Harapan untuk berterusan menekan Najib dan keluarganya sehingga legasi Tun Razak dimusnahkan? Apa dendam yang Khairy ada terhadap Najib sehingga arahan Perdana Menteripun sanggup diingkarinya? 

Atau hakikatnya seperti telahan sesetengah pihak, arahan rawatan terbaik ini hanyalah wayang antara Perdana Menteri dan Khairy. Hanya Perdana Menteri yang boleh menafikannya, bukan melalui penafian di Facebook atau kenyataan Pejabat Perdana Menteri, tetapi melalui tindakan segera yang boleh dilihat rakyat untuk memastikan kesihatan Najib tidak terabai.

Dengan bertindak bijak membela rakan sendiri membuatkan anda lebih dihormati dan disegani – bukannya dilihat seperti takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga orang yang dipenjarapun masih digeruni.

Tags: IJNIsmail SabriKhairyKKMNajib
Previous Post

BERILAH RAWATAN TERBAIK KEPADA NAJIB, LAYANLAH BELIAU SEADIL-ADILNYA

Next Post

KKM DIGESA PECAT DOKTOR BIADAP MAKI ‘ANJING’

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

PERDANA MENTERI MAHU LEBUHRAYA PAN BORNEO HASIL USAHA KERAJAAN BN DISELESAIKAN SECARA ‘FAST TRACK’

PERDANA MENTERI MAHU LEBUHRAYA PAN BORNEO HASIL USAHA KERAJAAN BN DISELESAIKAN SECARA ‘FAST TRACK’

June 2, 2023
HIPOKRASI PERIKATAN NASIONAL DALAM ISU NAJIB

HIPOKRASI PERIKATAN NASIONAL DALAM ISU NAJIB

May 24, 2023
BEZA PANDANGAN BANK DUNIA DAN RAJA FORMULA RAFIZI -SHAHRIR SAMAD

BEZA PANDANGAN BANK DUNIA DAN RAJA FORMULA RAFIZI -SHAHRIR SAMAD

May 20, 2023
ISU COLDPLAY: KJ BOSAN DENGAN PAS, SHAHRIL PULA SINDIR KENAPA SENYAP MASA MEMERINTAH

ISU COLDPLAY: KJ BOSAN DENGAN PAS, SHAHRIL PULA SINDIR KENAPA SENYAP MASA MEMERINTAH

May 19, 2023
MAHIADDIN PUJI KJ BIJAK, TAWAR JAWATAN MT JIKA SERTAI BERSATU

MAHIADDIN PUJI KJ BIJAK, TAWAR JAWATAN MT JIKA SERTAI BERSATU

May 17, 2023
KENAPA MAJLIS PEGUAM MAHU TUDUH PEGUAM NEGARA GAGAL PERTAHAN BADAN KEHAKIMAN?

KENAPA MAJLIS PEGUAM MAHU TUDUH PEGUAM NEGARA GAGAL PERTAHAN BADAN KEHAKIMAN?

May 11, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In