SUDAHLAH TU MENYALAKNYA KHAIRY 2: KEHEBATAN KHAIRY

619
SHARES
2k
VIEWS

Pemilik nama Khairy Jamaluddin Abu Bakar ini yang lebih mesra disapa KJ ini memang hebat dan bukan calang-calang orangnya. Walaupun beliau sama seperti graduan lain dari Oxford namun beliau bukan orang sembarangan.

Beliau menantu kepada Perdana Menteri Malaysia kelima. Beliau menjadi Menteri ketika Perdana Menteri Malaysia keenam dan kehilangan jawatan Menteri ketika Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Beliau terlibat dengan tiga Perdana Menteri Malaysia, bukan setiap lulusan Oxford ada peluang dan tuah seperti beliau.

Beliau dilahirkan di Kuwait, anak Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom dan bersekolah menengah di United World College of South East Asia di Singapura. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dan Sarjana Teori Undang-Undang & Politik.

imagekj.jpg“Si genius yang suka berjenaka” seperti yang digambarkan oleh majalah Maskulin ini juga merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford dan English beliau tentunya ‘berabuk’.

Khairy sebelum menjadi Menteri, beliau telah didedahkan dengan dunia politik selepas berkahwin pada tahun 2001 dengan anak Tun Abdullah Badawi yang ketika itu Menteri Luar Negeri.

Ketika bapa mentuanya menjawat jawatan Perdana Menteri kurang sepenggal, Khairy sempat menjadi Pegawai Khas kepada bapa mentuanya itu dan beliau mempunyai akses istimewa di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri dan mendapat jolokan “budak tingkat empat”.

Khairy juga mempunyai persamaan dengan pengganti beliau sebagai Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu sama-sama suka ber-selfie dan menonjolkan diri, sesuai dengan jawatan ‘Menteri Belia’ mereka.

Beliau juga mempunyai persamaan dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, juga daripada parti Bersatu seperti Saddiq, iaitu percaya dengan keupayaan diri sendiri tanpa menggunakan pengetahuan dalam bidang akademik masing-masing, sesuatu yang boleh kita banggakan.

Seperti Maszlee yang mempunyai PhD dalam Good Governance dan tidak mempraktikkan prinsip ‘good governance‘ yang dipelajari dalam pentadbiran beliau sehari-hari selaku Menteri, begitu juga Khairy yang  mempunyai dua ijazah sarjana turut tidak mempraktikkan prinsip undang-undang dan politik serta falsafah yang dipelajari apabila kerap mengkritik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Sekiranya beliau betul-betul faham mengenai apa yang dipelajarinya tentu beliau tahu dengan baik kejatuhan Barisan Nasional adalah isu kolektif iaitu kegagalan satu pasukan mengawal baik persepsi dan fitnah yang dilemparkan pembangkang yang ketika ini telah menjadi kerajaan, termasuk beliau yang gagal maraih undi jutaan anak muda ketika itu terutamanya ‘first voter’.

Inilah unik dan hebatnya seorang anak muda yang mempunyai laluan mudah dalam politik negara kerana sebagaimana cepat beliau naik, juga sebegitu cepat beliau melupakan jasa-jasa mereka yang membantu beliau.

Inilah kehebatan Khairy yang bijak mencari angle menarik untuk ber-selfie serta bijak mengintai peluang  dalam politik yang tidak mungkin dapat ditandingi oleh mana-mana ahli atau pemimpin UMNO sehingga kini.

Berita berkaitan: SUDAHLAH TU MENYALAKNYA KHAIRY 1

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts