GPMS SAMBUT BAIK YAB TUN DR. MAHATHIR MEMANGKU MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

118
SHARES
380
VIEWS

KENYATAAN MEDIA GPMS

10 Januari 2020

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyambut baik dan menzahirkan rasa gembira dengan keputusan pemangkuan jawatan Menteri Pendidikan Malaysia oleh Ayahanda YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia yang juga Penaung GPMS.

GPMS arif dan percaya bahawa keputusan ini adalah hak prerogatif YAB Perdana Menteri dan tidak boleh dipersoal oleh mana-mana pihak. Malahan GPMS memgambil maklum bahawa pemangkuan ini akan berjalan sehingga Ayahanda YAB Perdana Menteri menamakan Menteri Pendidikan yang baharu.

Justeru, GPMS menyeru semua pihak untuk kembali fokus dan bersatu dalam agenda mempertingkatkan kualiti pendidikan negara ke tahap yang lebih baik. GPMS juga mempunyai seluruh keyakinan pada kebijaksanaan Ayahanda YAB Perdana Menteri untuk menegakkan agenda pendidikan Melayu.

Salam hormat,

Mohd Alif Anas Md Noor

Presiden GPMS

Image result for Mohd Alif Anas Md Noor gpms

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts