ISU PEMBERHENTIAN HAMPIR 1,000 PEKERJA TEMPATAN DI SEBUAH KILANG ASING DI KUANTAN

611
SHARES
3.6k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERKASA 

Tindakan sebuah kilang kepunyaan syarikat asing terletak di Kuantan memberhentikan hampir 1,000 orang pekerja tempatan secara mengejut seperti mana yang dilaporkan Berita Harian Online hari ini, amat tidak bertanggungjawab. 

Lebih menyedihkan lagi syarikat tersebut menggantikan kekosongan itu dengan pekerja asing. PERKASA minta Jabatan Buruh mengambil serius kes ini apabila pekerja-pekerja terbabit telah membuat aduan kepada Jabatan itu dengan kadar yang segera.

Mengapa tidak boleh berunding dahulu dengan pekerja tempatan sebelum mengambil keputusan memberhentikan mereka? Syarikat mengalami masalah kewangan akibat isu Covid-19 difahami oleh semua pihak. Kerajaan juga telah memberi pelbagai pengecualian dan insentif. Daripada mengambil pekerja asing adalah lebih baik berunding dengan mereka untuk pengurangan gaji dan kurangkan hari bekerja sementara keadaan kembali seperti sedia kala.

Kita mengalu-alukan syarikat asing ke negara ini dengan matlamat utamanya memberi peluang pekerjaan kepada warga tempatan terlebih dahulu dan bukannya pekerja asing.

PERKASA berharap Menteri Sumber Manusia mengambil serius isu ini. Perlu bertemu dengan syarikat berkenaan bagi berunding dan menarik kembali tindakan memberhentikan hampir 1,000 pekerja tempatan tersebut.

Jika majikan berkeras mahu memberhentikan pekerja tempatan, maka pihak Jabatan Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen Malaysia digesa agar tidak memberi kelulusan kepada syarikat tersebut untuk mengambil pekerja asing. 

Terima kasih.

Syed Hassan Syed Ali

Setiausaha Agung PERKASA 

2 Jun 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts