INILAH YANG DIKATAKAN IBARAT “HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI”

772
SHARES
4.5k
VIEWS

Apa yang didedahkan oleh Encik Mohd Asri ini tidak mengejutkan saya kerana tauke-tauke judi memang sudah sekian lama ‘kebal’ di Malaysia.

Lebih malang lagi, apa yang menimpa beliau ini pasti menjadi persoalan yang sangat besar kepada rakyat. Kepada siapa lagi rakyat hendak mengadu jika mengadu kepada pihak polis dan PBT pun tidak membantu, malah menyusahkan pengadu sahaja?

Keberanian dan kesungguhan Encik Asri harus mendapat pujian apabila berani mendedahkan aktiviti haram perjudian walaupun nyawa beliau terancam.

Beliau telah menjalankan pelbagai usaha membuat laporan polis di beberapa jabatan namun hasilnya sangat menghampakan. Lebih unik lagi, tauke-tauke judi tersebut tahu Encik Asri membuat laporan polis terhadap mereka. Bagaimana mereka boleh tahu pula? Siapa yang membocorkan maklumat ini apabila sepatutnya hanya beliau dan pihak polis sahaja yang mengetahuinya?

Hari ini pihak polis Sungai Buloh telah menafikan segalanya tersebut tetapi Encik Asri mempunyai maklumat lengkap termasuk video sebagai bahan bukti. Kenapa polis kata tiada pula?

Pihak PBT pula seolah-olah lebih memihak kepada tauke judi berbanding memberi perlindungan kepada seorang rakyat yang melakukan laporan. Adakah ini sikap yang wajar dari sebuah PBT?

Saya menyeru dan merayu kepada pihak polis dan PBT, jalankanlah kerja kamu dengan jujur dan ikhlas. Jangan pandang remeh pada teknologi yang ada pada hari ini kerana rakyat tidak mudah lagi diperbodohkan.

Kami bersamamu, wahai Encik Asri!

Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

9 Ogos 2020

https://www.facebook.com/450309788374603/posts/4219478834790994/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts