TINDAKAN MEMBERI KERUSI KEPADA BERSATU DI SABAH BAKAL MENGUNDANG BENCANA

965
SHARES
5.7k
VIEWS

Datuk Lokman Noor Adam kesal kerana Barisan Nasional tidak bertanding di kesemua 73 kerusi yang dipertandingkan atas alasan kononnya untuk mengelak pertembungan 3 penjuru.

Menurut Lokman, perkara tersebut akhirnya menyaksikan lebih ramai yang bertanding atas tiket bebas sehingga wujud pertembungan pelbagai penjuru. Pertembungan yang tertinggi adalah di DUN Bengkoka – 11 penjuru dan di DUN Inanam – 10 penjuru.

Rujuk komen penuh beliau di pautan;

https://www.facebook.com/LokmanNoorAdam/videos/406631387039148/

Lokman yang merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut berkata, jika Barisan Nasional bertanding di kesemua 73 kerusi maka tentu peluang lebih cerah walaupun kalah lebih 20 buah kerusi.

Malah parti baru pimpinan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman iaitu Parti Cinta Sabah (PCS) lebih berani dengan meletakkan calon di 72 kerusi, kecuali di DUN N68 Apas.

Lokman turut mempertikai bagaimana jika 6 ADUN yang melompat sebelum ini melompat lagi kepada Warisan? Walaupun menang di kesemua kerusi namun hanya dengan 36 kerusi maka Barisan Nasional tentunya tidak boleh membentuk kerajaan negeri tanpa meminta bantuan daripada Bersatu. 

Akhirnya Barisan Nasional terpaksa ‘tunduk’ kepada Bersatu bagi mencukupkan sokongan membentuk kerajaan di Sabah. Malah ketika itu jika Bersatu memohon jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada mereka sekalipun (Muhyiddin telahpun berikan nama calonnya), bagaimana ketika itu Barisan Nasional ingin menolak?

Sebagai rekod, UMNO yang bertanding di semua 73 kerusi sebelum ini melepaskan sebahagiannya kepada Bersatu dan tinggal hanya 42 kerusi yang ditandingi, menunjukkan kesanggupan UMNO dan Barisan Nasional berkorban demi agama, bangsa dan tanahair apabila melepaskan baki 31 kerusi yang biasa ditandinginya. 

Malah PAS juga berjiwa besar apabila tidak meletakkan calon bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri, maka apa salahnya jika Bersatu memberikan sedikit kerusinya (yang telah diberi oleh Barisan Nasional) kepada PAS?

Tidak cukupkah UMNO dan PAS berkorban? Cukup-cukuplah berlembut jangan sampai ‘dipijak’ orang lain.

Ini kerana dalam Islam, kita bukan sahaja tidak dibenarkan untuk menganiaya sesiapa, malah jangan benarkan juga sesiapa menganiaya diri kita. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts