“SOKONGAN MAJORITI KUKUH, KERAJAAN MUHYIDDIN KINI TELAH JATUH” – ANWAR IBRAHIM

445
SHARES
2.6k
VIEWS

Berikut merupakan intipati sidang media yang dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai sokongan majoriti kukuh yang beliau telah dapatkan dan umum kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin “telah jatuh”;

“Rakyat Malaysia berhak mendapatkan sebuah kerajaan yang kukuh, dengan kepimpinan yang cekap dan yakin – untuk mengurus ekonomi dengan kebijaksanaan dan tuntas.”

“Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk selamatkan negara dari menghadapi kemelesetan ekonomi yang dibimbangi boleh juga menimbulkan ketegangan hubungan kaum.”

“Alhamdulillah kini saya telah mendapat sokongan kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-Ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.” 

“Dan ingin saya nyatakan di sini, majoriti yang menyokong juga di kalangan Ahli Parlimen Melayu dan Islam.” 

“Untuk makluman semua sebenarnya saya telah diperkenankan mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kelmarin, Selasa 22 September jam 11 pagi. Tetapi terpaksa ditangguhkan kerana baginda kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara.”

“Kendati begitu, melalui perbualan telefon malam Selasa lalu saya telah mendoakan ‘afiah’ buat KeBawah Duli Tuanku.”

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna pada saat ini kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.”

“Makluman dan langkah selanjutnya akan saya maklumkan lepas mengadap baginda Yang Dipertuan Agong dalam masa terdekat, In sha Allah.”

“Pentadbiran ini pastinya mewakili semua rakyat dengan majoriti Melayu Bumiputera dan perwakilan saksama semua kaum di negara kita.”

“Kami tetap menjunjung prinsip- prinsip Perlembagaan yang mengiktiraf kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu Bumiputera di samping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain di negara kita.”

“Akhir sekali saya memohon semua rakyat supaya bersabar dan mendoakan kesembuhan segera, ‘al afiah’ Tuanku Yang Dipertuan Agong.”

“Saya berjanji akan membentuk sebuah kerajaan dengan tata kelola berintegriti dan komited untuk menangani krisis yang melanda negara, menghentikan amalan rasuah dan membela nasib rakyat.”

“In sha Allah saya akan tunaikan janji saya untuk jadikan Malaysia sebuah negara makmur, aman dan adil untuk seluruh rakyatnya. Terima kasih.”

Rujuk video penuh sidang media tersebut di pautan; https://youtu.be/iYiVe6PMipU

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts