KADIR KATA ANWAR PECAH BELAHKAN UMNO

792
SHARES
4.7k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Betulkah kerana Anwar jumpa YDP Agung esok, UMNO pula yang berpecah-belah?

Itulah dakwaan A. Kadir Jasin. Kadir lupa 22 bulan Tun Mahathir berusaha memadamkan UMNO dengan kuasa, fitnah dan mahkamah. Akhirnya PH dan Mahathir yang padam.

Hakikat yang Kadir Jasin kena akui ialah tindakan Anwar esok menjadikan Tun Mahathir tidak relevan dan terpinggir.

Buatlah apapun. UMNO tetap sama kerana UMNO adalah parti akar umbi. UMNO bukan bersandar semata-mata pada kuasa.

Sebab itu bila hilang kuasa, UMNO bangkit sedikit demi sedikit. Kini UMNO kembali berkuasa di Johor dan Melaka. Termasuk berkongsi kuasa di Sabah, Kedah dan Perak.

Tetapi Bersatu-Mahathir berkecai bila tidak ada kuasa. Bersatu-Muhyiddin masih hidup kerana manipulasi kuasa oleh budaknya Hamzah Zainuddin.

UMNO sudah biasa dengan game plan untuk menjahanamkannya. Sama ada Tun Mahathir, Muhyiddin-Hamzah atau Anwar, UMNO bukan kecil anak untuk ditalkinkan.

Silap-silap game Anwar esok makan diri.

Kadir Jasin pula kekal jadi balaci media sosial kepada Tun Mahathir. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts