COVID-19 BOLEH MENCECAH 1300 KES SEHARI JIKA…

417
SHARES
2.5k
VIEWS

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi jangkaan angka jangkitan baharu Covid-19 berisiko mencecah hingga 1,300 kes sehari menjelang hujung bulan ini, sekiranya semua pihak gagal meningkatkan tahap pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan nilai R0 atau kebolehjangkitan semasa yang berada pada kadar 1.5 namun berupaya meningkat susulan pertambahan kes baharu wabak terbabit ketika ini sehingga boleh mencecah antara 1,200 hingga 1,300 sehari menjelang 31 Oktober depan.

Saranan Hisham agar, semua pihak mematuhi SOP ini sangat wajar dipatuhi namun apalah yang boleh dilakukan oleh seorang Ketua Pengarah Kesihatan jika Menteri dan anggota kabinet lainnya juga tidak mematuhi SOP seperti sebelum ini?

Apatah lagi rakyat pula ada yang patuh dan ada juga yang masih memandang remeh SOP serta tetap berkunjung di tempat yang sesak atau duduk semeja beramai-ramai di kedai makan dan restoran atas andaian mereka tidak akan dijangkiti Covid-19. 

Itulah juga andaian dan tanggapan segelintir Menteri dan mereka yang tidak patuh SOP di sebalik saranan dan kerja keras warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) walaupun mereka mahu rakyat mematuhinya. 

Selaku pemimpin, tonjolkanlah sikap yang baik agar dicontohi rakyat dan bukannya menunjukkan sikap yang buruk dan melenting apabila rakyat mula mencemuh, termasuklah tindakan yang diambil perlulah sama rata dan tidak ‘double standard‘.

Jika rakyat dihukum, pemimpin negara pula tidak kena apa-apa, ini tidak adil dan dikhuatiri rakyat selepas ini semakin ramai yang memandang remeh pematuhan SOP.

Ayuh Pak Menteri, bersama-sama rakyat putuskan rantaian Covid-19! 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts