KEMENTERIAN KEWANGAN TERSALAH FAKTA PERBANDINGAN ANTARA KWSP DAN ‘SUPER’ AUSTRALIA

7.7k
SHARES
25k
VIEWS

Selepas Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membuat siaran melaIui laman Facebook beliau mengenai skim persaraan Superannuation atau “Super” negara Australia bagi mereka yang terdesak untuk Covid, Kementerian Kewangan cuba membuat perbandingan kononnya untuk membetulkan kenyataan Najib namun malangnya gagal.

Amat memalukan apabila infografik yang disediakan mempunyai banyak kesalahan, tersalah fakta dan tersalah kira.

Rujuk; https://www.facebook.com/369244243546/posts/10158159653513547/?d=n

Kesilapan amat memalukan Kementerian Kewangan ini tidak sepatutnya berlaku, adakah ini membuktikan bahawa selama ini pertimbangan mereka dan KWSP tidak mahu membenarkan rakyat mengeluarkan duitnya sendiri juga tersilap?

Selepas Kementerian Kewangan tersilap, Najib turut membidas kesilapan memalukan tersebut dengan memberi lebih banyak fakta.

Rujuk; https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157492563510952/

Banyak yang tidak betul dengan penerangan KWSP yang bandingkan pengeluaran KWSP dengan pengeluaran skim persaraan Superannuation atau “Super” negara Australia bagi mereka yang terdesak untuk Covid-19.”

Najib turut membandingkan dengan empat negara lain yang juga mengambil langkah melonggarkan syarat untuk pengeluaran skim persaraan mereka sebagai usaha melawan Covid-19 seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Peru dan juga Chile.

Makluman terkini, Kementerian Kewangan sudahpun memadam siaran yang memalukan tersebut dan diharapkan sebuah kementerian yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir hal ehwal kewangan negara dan rakyat tidak lagi membuat kesilapan kiraan dan tersalah fakta yang sangat memalukan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts