KERAJAAN LULUS PENGELUARAN ‘ONE OFF’ AKAUN 1 KWSP

37.3k
SHARES
120.4k
VIEWS

Alhamdulillah, kerajaan akhirnya membenarkan pengeluaran wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui program i-Sinar yang tentunya akan memberi manfaat kepada semua lapan juta ahli KWSP, dengan kebenaran pengeluaran sehingga maksimum RM10,000.

Perkara menggembirakan tersebut diumumkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz ketika menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini. Tambahan bajet ini akan melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM70 bilion.

Segala syarat-syarat ketat pengeluaran Akaun 1 KWSP dimansuhkan dengan mengambil kira semua pencarum yang pendapatannya terjejas iaitu kira-kira 8 juta orang berbanding hanya 2 juta orang sebelum ini melalui program yang sama.

Sekarang lapan juta ahli KWSP layak untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 sama ada mereka dibuang kerja atau tidak, dikurangkan gaji atau tidak,” – Menteri Kewangan. 

Tambah Tengku Zafrul, bagi pencarum yang mempunyai baki Akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke bawah layak mengeluarkan wang sehingga maksimum RM10,000 berbanding RM9,000 yang diumumkan semasa Belanjawan 2021 pada 6 November lalu.

Selain itu Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat dasar, serta kerajaan turut setuju perluas bantuan ‘one-off’ RM300 kepada semua petugas barisan hadapan termasuk polis dan tentera. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts