DEMI KESEJAHTERAAN IMAM, BILAL DAN GURU-GURU AGAMA

487
SHARES
2.9k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PARTI PUTRA NEGERI KELANTAN

26 November 2020

1. Oleh kerana kerajaan PAS Kelantan telah membeli kereta Mercedes untuk Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan para Exco, bonus RM50 ribu dan gaji ADUN dinaikkan RM3,000 sehingga RM5,000 setelah menerima royalti minyak dari Kerajaan Pusat sebanyak RM400 juta, semua cukai urusan tanah serta cukai pintu naik secara mendadak sehingga ada yang mencecah 200 peratus. Maka PUTRA Kelantan menggesa agar Kerajaan PAS Kelantan menaikkan gaji dan elaun para imam, bilal dan guru-guru agama serta tenaga pengajar kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

2. PUTRA Kelantan mencadangkan gaji imam dinaikkan kepada RM1500 sebulan, guru-guru agama RM1200 sebulan manakala bilal pula dinaikkan kepada RM1000 sebulan. Guru-guru di bawah Yayasan Islam Kelantan pula mendapat kenaikan RM500 sebulan. 

3. Semua imam-imam juga diberi sebuah kereta bernilai RM50,000 sebuah bagi memudahkan urusan mereka bertugas untuk urusan nikah kawin dan berbagai tugasan lain. Jika Menteri Besar,  Timbalan Menteri Besar dan Exco boleh dibelikan dan memakai kereta Mercedes bernilai ratusan ribu ringgit, tidak ada sebab kenapa para imam tidak berhak diberikan kereta yang berharga sekitar RM5,000. Begitu juga persamaannya bagi kenaikan gaji dan elaun.

3. PUTRA Kelantan juga mencadangkan kepada kerajaan PAS di Kelantan supaya menaikan elaun sebanyak RM500 sebulan kepada tenaga pengajar yang mengajar Al-Quran di surau atau madrasah. Jika ini dapat dilaksanakan barulah Kelantan layak bergelar sebagai “Serambi Mekah” pimpinan ulamak.

4. Kerajaan PAS Kelantan juga dicadangkan supaya mengkaji semula skim perjawatan dan tangga gaji guru-guru Yayasan Islam Kelantan sesuai dengan kelulusan mereka daripada universiti dalam dan luar negara serta bergaji tetap.

5. Sepatutnya ini yang menjadi keutamaan PAS daripada menaikkan elaun Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, Exco dan wakil-wakil rakyat PAS. Rakyat semakin meluat apabila mendengar elaun wakil rakyat PAS Kelantan dinaikkan berkuatkuasa 1 Januari 2021 tetapi gaji para imam, bilal dan guru-guru agama tidakpun dinaikkan. 

Hj. Ab. Kadir Yaacob

Ketua Penerangan Putra

Negeri Kelantan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts