ADAKAH WUJUD KONSPIRASI TERTINGGI TERHADAP NAJIB?

1.1k
SHARES
3.5k
VIEWS

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Isu benar atau tidak Tan Sri Zeti dan keluarganya menerima RM100 juta daripada Jho Low ini adalah isu besar. Ia akan memberi kesan kepada perjalanan perbicaraan rayuan SRC Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 

Ini boleh menunjukkan bahawa sumpah beliau di dalam mahkamah bahawa dia tidak tahu wang RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaunnya adalah milik SRC International sebagai benar.

Zeti adalah Gabenor Bank Negara yang sepatutnya tahu setiap transaksi besar. Dan Jho Low pula adalah individu yang mengarahkan wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadi Ambank Datuk Seri Najib.

Kedua-dua perkara ini tidak pernah dipertikaikan di mahkamah. Yang dipersoalkan ketika itu hanyalah pengetahuan DatukSeri Najib tentang asal-usul wang tersebut. Ia akhirnya menjadi antara kunci sabitan bersalah ke atas beliau.

Tetapi kewujudan bukti baru hubungan keluarga Zeti dan Jho Low ini berpotensi mengesahkan bahawa terdapat konspirasi bagi memerangkap Datuk Seri Najib di peringkat tertinggi.

Saya pernah menulis dahulu bahawa apa juga keputusan mahkamah pada ketika itu mesti dihormati. Jangan sesekali institusi mahkamah dihina walaupun keputusannya kita tidak setuju. 

Jika benar Datuk Seri Najib tidak bersalah, maka yakinlah bahawa dia mempunyai Tuhan. Yang tidak akan sesekali meninggalkannya sendirian. 

Dan hari ini akhirnya Allah membuka salah satu hijab yang selama ini disembunyikan. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts