KERJASAMA PH-IRI: KERAJAAN WAJAR SAMAN IRI

373
SHARES
2.2k
VIEWS

Dakwaan oleh Presiden Institut Republikan Antarabangsa (IRI), Shri Daniel Twining mengenai kerajaan Pakatan Harapan selama ini mendapat bantuan mereka dan mendapat dana daripada National Endowment for Democracy (NED) amatlah serius dan tidak wajar dilakukan sekiranya hanya ingin mendapatkan publisiti murahan daripada kemenangan kerajaan Pakatan Harapan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Jika dakwaan Daniel Twining ini merupakan fitnah bagi memburukkan-burukkan kerajaan Pakatan Harapan di mata dunia dan rakyat Malaysia semata-mata, maka beliau dan IRI wajar disaman oleh kerajaan Malaysia secepat mungkin demi untuk membersihkan nama kerajaan yang diburukkan oleh beliau.

Jika tiada sebarang tindakan undang-undang dibuat terhadap Daniel Twining dan IRI, maka sebarang penafian walaupun akuan bersumpah (SD) sekalipun dibuat oleh pemimpin negara, tidak boleh dipercayai dan hanya mengesahkan bahawa sememangnya selama ini bantuan asing memberi dana kepada pembangkang (kini kerajaan) untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts