BUKTI IRI BANTU PAKATAN HARAPAN MENJATUHKAN KERAJAAN

2.2k
SHARES
5.1k
VIEWS

Sebelum ini Institut Republikan Antarabangsa (IRI) secara terbuka memaklumkan mereka bekerjasama dengan pembangkang sejak 2002 untuk menjatuhkan kerajaan, antaranya dengan parti AMANAH dan PKR yang boleh dilihat jelas melalui Twitter beliau.

Daniel Twining, Presiden IRI sendiri mengaku selama 15 tahun mereka telah bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan menggunakan dana daripada National Endowment for Democracy  (NED), yang dikaitkan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA), untuk memperkuatkan jentera pembangkang yang akhirnya berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada PRU-14 yang lalu.

Beliau juga berbangga dengan perubahan yang akhirnya berlaku di Malaysia yang beliau sifatkan sebagai  ‘example of playing the long game‘ yang akhirnya berhasil mendapatkan keputusan yang mereka harapkan.

Daniel membuat pengakuan tersebut dalam satu forum anjuran  Center for Strategic & International Studies di mana sebaik sahaja memenangi PRU-14, mereka telah menjejakkan kaki ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan bertemu dengan pemimpin Pakatan Harapan untuk membincangkan agenda kerajaan.

Beliau juga menambah antara langkah pertama yang diambil oleh kerajaan adalah dengan mengekang pelaburan infrastruktur negara China.

Berikut boleh dinilaikan sejauh mana pengkhianatan telah dilakukan terhadap negara dengan bersekongkol bersama pihak asing untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Daniel sendiri berkata “Terdapat ‘pengaruh luar’ yang kuat dalam negara ini (Malaysia).”

Tentu mahal harganya yang perlu dibayar oleh Pakatan Harapan sebagai tukaran kepada bantuan IRI selama 15 tahun sebagai ‘return of investment’ mereka.

Daniel dengan bangga berkata akhirnya mereka telah berjaya menumbangkan kerajaan dan mengistilahkannya sebagai ‘satu permainan yang panjang’. Hanya rakyat dan pemimpin Pakatan Harapan yang tidak waras sahaja yang akan berbangga bersama mereka.

IRI dan NED juga berada di mana-mana di seluruh dunia, mengesahkan mereka sebagai ‘badan sah’ CIA  seperti yang dilaporkan pelbagai media di seluruh dunia.

Video pengakuan Daniel Twining, Presiden IRI boleh dilihat di bawah:

Semoga rakyat Malaysia tidak kira apapun fahaman politiknya bersatu untuk mengekang pengkhianatan terhadap negara melalui campurtangan anasir asing melalui ‘cengkaman ghaib’ IRI ke atas parti politik yang bekerjasama dengan mereka.

Setiap parti politik wajib menang dengan kejayaan sendiri bukannya dengan pengkhianatan. Ambillah iktibar dari kisah memalukan antara Pakatan Harapan dan IRI ini.

Sanggupkah kelak Pakatan Harapan juga dijatuhkan dengan cara yang serupa?

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts