JIKA ISMAIL SABRI DILANTIK PERDANA MENTERI, ADAKAH HAMZAH TIMBALANNYA?

414
SHARES
2.4k
VIEWS

Surat pembaca | Dengar berita kem Bersatu yang masih tidak puas mencatur kuasa mahukan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Timbalan Perdana Menterinya. Jika perkhabaran ini benar, bagaimana UMNO ingin menerimanya sedangkan umum tahu Hamzah di belakang ROS yang cuba untuk mengharamkan UMNO?

Bukankah Hamzah juga terkenal dengan projek “scheme of thing” yang dimulakan oleh Tan SriMahiaddin Yassin dan juga projek “budak kita” bagi mencatur pasukan polis. Mana mungkin UMNO boleh menerima cadangan ini sebagai timbal balas jika Datuk Seri Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri?

Jika benarlah apa yang diminta oleh kem Bersatu ini bagi meneruskan kelangsungan parti mereka, lantiklah mereka yang lebih bersih sedikit berbanding Hamzah yang terpalit dengan pelbagai isu terutamanya yang didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador.

Bukankah orang yang sama gagal membela kes pembunuhan arwah Adib yang sehingga kini masih tidak diketahui puncanya. Adakah pandangan Hamzah seperti dikatakan oleh sebuah NGO bahawa “arwah Adib meninggal akibat kemalangan” dan bukannya akibat dipukul? Kenapa fakta Hamzah bercanggah dengan alasan penghakiman Mahkamah Koroner?

Selain itu, imej UMNO akan rosak jika benar Hamzah dilantik menjadi orang nombor dua negara bagi ‘compensate‘ Bersatu. Malah ia akan melihat Perikatan Nasional 2.0 dan kesukaran untuk keluar daripada kemelut yang berlaku jika pasukan yang sama dilantik mengetuai kerajaan. Tidakkah ada calon Bersatu yang lebih sesuai, mempunyai karakter yang baik berbanding Hamzah?

Jika Hamzah menjadi Timbalan Perdana Menteri sekalipun bukanlah masalah yang  besar tetapi UMNO sendiri perlulah bersedia dengan kemarahan rakyat yang selama ini menyokong mereka daripada dahulu. 

Oleh kerana itulah majoriti rakyat Malaysia mahukan YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah selaku Perdana Menteri Malaysia kesembilan yang jauh lebih rasional, tidak berpolitik kepartian seperti yang lain sebaliknya mengamalkan politik kenegaraan. Beliau dilihat boleh menjadi ‘penenang’ kepada suhu politik negara yang semakin panas, serta orang tengah paling sesuai untuk menjadi pendamai antara parti dan dijangka tidak mendapat bantahan sesiapa jika YDP Agong memperkenan lantikannya. 

Apabila Ku Li berjaya membawa keluar negara ini daripada kemelut pandemik dan menstabilkan politik negara maka barulah serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk menentukan kerajaan di PRU-15 kelak. Beliau akan dibantu oleh Ketua Setiausaha Negara dan penjawat awam lainnya serta beberapa lantikan strategi khusus untuk menerajui pentadbiran negara agar dapat keluar daripada krisis yang melanda sejak sekian lama. 

Apapun, tentu Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan pihak Istana lebih arif dan memahami keadaan politik demi kestabilan negara dan kemakmuran rakyatnya.

Hanya kepada Allah kita berserah.

Mohd Faisal Ramli

Sungai Buloh 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts