ISHAM JALIL DILANTIK AHLI MKT UMNO

358
SHARES
2.1k
VIEWS

Dalam satu kenyataan malam tadi selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO, saudara Hizatul Isham Abdul Jalil telah dilantik sekaligus mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang baharu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Isham Jalil, berumur 46 tahun, merupakan seorang aktivis media sosial yang aktif dan konsisten memperjuangkan serta mempertahan pemimpin-pemimpin partinya, di sebalik pelbagai tohmahan dan kecaman terhadap partinya sejak ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.

Saudara Isham yang berkelulusan tinggi antaranya Sarjana Dasar Awam daripada Harvard University, lantang memberikan kenyataan dan penerangan mengenai UMNO walaupun ada ramai pemimpin-pemimpin partinya yang lebih senior memilih untuk berdiam diri ataupun lebih teruk, memihak kepada Perikatan Nasional. Sikap dan pendekatan beliau juga dilihat paling sesuai untuk membuat ‘engagement‘ dengan pelbagai pihak terutamanya bagi menarik minat anak-anak muda, golongan atas pagar dan pengundi pertama serta kedua (yang mengundi kali pertama pada PRU-14 lepas) di negara ini. 

Walaupun agak mengejutkan sebelum ini apabila beliau digugurkan sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor secara tiba-tiba, sehari selepas beliau membuat kenyataan Menteri Besar Kedah dipanggil pihak polis atas satu kenyataan fitnah yang dibuat terhadapnya berkaitan dokumen PASleak, namun pelantikan ini akhirnya menjelaskan isu tersebut dengan sendirinya apabila UMNO sebenarnya ingin memberikan tanggungjawab yang lebih besar kepadanya di peringkat pusat.

Ia seumpama sebuah pasukan bolasepak yang baru sahaja mendapat ‘striker‘ muda dan sentiasa cergas yang mampu menyumbangkan gol serta membantu pasukannya mengharungi perlawanan seterusnya untuk menjadi juara. Bukannya seperti segelintir pemain-pemain lama yang asyik menjaringkan gol sendiri malah cukup suka mengkritik Presiden dan pasukannya. Ini termasuklah Kapten pasukan yang sebenarnya lemah dan asyik mengikut cakap pasukan lain, tetapi masih sayangkan jawatan dan tidak mahu melepaskannya sehingga merosakkan parti. 

Justeru tahniah diucapkan kepada saudara Isham Jalil dan diharapkan dapat meneruskan tanggungjawab baru ini dengan lebih baik dan konsisten demi mempertahan parti daripada anasir-anasir dalam dan luaran yang tersangat ingin melihat UMNO dikuburkan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts