MAHATHIR, PEJUANG TERDESAK JADIKAN MUKHRIZ PERDANA MENTERI KE-10

385
SHARES
2.3k
VIEWS

1. Pejuang hanyalah sebuah parti kecil yang tidak mempunyai akar umbi walaupun diketuai oleh seorang ahli politik tertua di dunia yang diketahui mempunyai dana yang sangat besar

2. Jika Pejuang menang beberapa kerusi Parlimen sekalipun dan bergabung dengan Pakatan Harapan serta Perikatan Nasional selepas PRU-15 seperti rancangan asal mereka sebelum ini, bukankah syaratnya Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri?

3. Jika Tun Mahathir tidak bersetuju Anwar menjadi Perdana Menteri dan menyebabkan Pejuang menarik diri, parti kecil itu tetap tidak mampu membentuk kerajaan

4. Ia membuatkan rancangan Mahathir mahu anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri sebelum beliau meninggal dunia akan terbantut di tengah jalan.

5. Mungkin Tun Mahathir yang sudah terlalu tua ini dilihat masih mempunyai ‘aura’ dan ketokohan tertentu, namun ia bukanlah indikator bahawa anaknya Mukhriz yang lemah mentadbir itu layak menjadi Perdana Menteri

6. Lagipun, parti Pejuang ini masih wujud semata-mata kerana Tun Mahathir masih ada, bagaimana anaknya Mukhriz mahu ‘survive‘ dalam kancah politik negara sekiranya ayahnya tiada kelak?

7. Selain itu, selepas ketiadaan Tun Mahathir, adakah Pejuang sendiri masih mahu mendengar cakap Mukhriz, seorang pemimpin yang diketahui lemah segala-galanya?

8. Bukankah wujud pergeseran dalam Pejuang sendiri berkaitan hal ini di mana di depan mereka masih ‘menghormati’ keputusan Tun Mahathir yang mahukan anaknya menjadi Perdana Menteri tetapi di belakang mereka mencemuhnya?

9. Ini yang memeningkan Tun Mahathir dan beliau terpaksa menabur banyak janji dan wang ringgit untuk mencatur perjalanan anaknya menjadi Perdana Menteri sebelum beliau meninggal dunia kerana tahu kelemahan anaknya yang tidak tahu berdikari selepas ketiadaannya

10. Sungguhpun mempunyai segala-galanya termasuk keluarga dan kroni-kroninya yang “kaya terlajak”, dibantu oleh banyak pihak yang mahukan duitnya dan juga imbuhan projek, namun apa yang tidak mampu ‘dibeli’ oleh Mahathir ialah MASA, yang kini dilihat tidak menyebelahinya

Justeru, apakah nasib Mukhriz seterusnya? Sama-sama kita tunggu dan lihat apa kesudahannya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts