EH, PAK MAIL TAK JADI BUBAR PARLIMEN LAGI?

136
SHARES
439
VIEWS

SURAT PEMBACA | Sayapun tidak faham apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tunggu untuk membubarkan Parlimen? Seolah-olah beliau menunggu “arahan daripada langit” untuk memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebelum boleh melaksanakan ketetapan parti sendiri.

Jika sukar sangat mengikut ketetapan parti yang juga kehendak akar umbi, maka selepas ini kita penyokong-penyokong dan ahli-ahli UMNO sudah tidak perlu Pak Mail lagi. Kita tidak perlu ada pemimpin yang tidak patuh ketetapan parti sepertinya, yang sepatutnya akur, taat dengan parti sendiri bukannya pihak lain.

Jangan asyik berdalih wahai Pak Mail, sudah banyak sangat beralasan, semuanya hanya memberi keuntungan kepada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, tetapi akhirnya melemahkan UMNO. Takkan Pak Mail sengaja mahu lemahkan UMNO? Pak Mail ini “trojan horse” sesiapa ke? 

Tidak mungkin Pak Mail tidak tahu jentera Pakatan Harapan bergerak laju seperti PRU akan diadakan esok harinya? Ini strategi mereka kata tidak mahukan PRU tetapi dalam masa yang sama mereka bergerak membuat kerja dan bersedia untuk PRU. Mereka tidak pedulipun banjir, apatah lagi peduli rakyat. Samalah seperti Perikatan Nasional, tetapi Pak Mail buat-buat tak nampak. 

Jika benar tarikh PRU tidak sesuai diadakan tahun ini, maka jelaskan sahaja semasa berjumpa ‘Top 5‘ tempohari dan Presiden boleh maklumkan kami sendiri melalui saluran rasmi UMNO. Ini tak habis-habis Pak Mail mahu cakap “PRU tidak lama lagi”. 

Lihatlah Tan Sri Annuar Musa, beliau jadi antara pemimpin paling awal selain Perikatan Nasional membuat kenyataan PRU belum dilaksanakan lagi dan kabinet bermesyuarat seperti biasa. Sebaik sahaja Pak Mail kata tidak berbincang dengan YDP Agong untuk bubar Parlimen, terus keluar kenyataan beliau seolah-olah ‘seronok’ sangat PRU dilambatkan. Macam ada rancangan lain di belakang yang mengelirukan kami akar umbi dan penyokong-penyokong UMNO selama ini. 

Buat DS Presiden, Annuar inipun satu lagi pemimpin yang kami mohon digantikan. Asyik ikut Perikatan Nasional tetapi parti dan Presiden sendiri diperlekehkan. Cukup-cukuplah kami dipermainkan, diperkotak-katikkan oleh pemimpin-pemimpin sebegini, yang mahu memastikan Perikatan Nasional dapat bernafas kembali ataupun menguasai UMNO.

Wahai Pak Mail, cukup-cukuplah diperbodohkan oleh Perikatan Nasional yang terang-terangan sabotaj anda sebagai Perdana Menteri. Tidak cukupkah mereka mempermainkan dan mengutuk anda di belakang? Juga, bukankah penasihat anda Dr. Kamarul di PMO juga sudah marah dengan Perikatan Nasional walaupun dia sendiri orang Mahiaddin sebelum ini?

Jika benar Pak Mail masih bersama UMNO, pecat sahajalah Menteri-menteri Perikatan Nasional yang tandatangan menolak cadangan bubar Parlimen. 

Cukup-cukuplah tu Pak Mail, kami dah menyampah dengan alasan anda, jangan pula ada yang meroyan nanti bila hilang jawatan.

Akar umbi bengang

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts