SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2023

340
SHARES
2k
VIEWS

Selamat Tahun Baharu 2023 buat semua pembaca, tanpa mengira agama dan bangsa. In sha pihak kami akan berusaha menambahbaik kandungan dan persembahan berita, walaupun terdapat pelbagai kekangan terutamanya dalam isu sumber kewangan dan bahan kandungan bermutu yang ingin diketengahkan.

Sungguhpun begitu, ia tidak menghalang pihak kami untuk terus menyediakan berita terkini, analisa politik serta pendedahan, terutamanya dalam bidang keselamatan negara dan keganasan rentas sempadan, tanpa diganggu-gugat oleh iklan.

Jika pembaca perasan, sepanjang masa membaca di portal kami, anda tidak akan ‘diganggu’ oleh mana-mana iklan yang terselit antara berita, walaupun kami tidak mendapat dana daripada mana-mana organisasi ataupun individu, isu kepuasan pembaca ini amat kami titikberatkan.

Ini disengajakan agar sekalian pembaca berpuas hati membaca setiap berita tanpa gangguan iklan yang kadangkala membuatkan kita keliru dan juga tersalah menekan pautan tertentu tanpa disengajakan.

In Sha Allah semoga pembaca sekalian dapat meneruskan sokongan anda kepada kami dengan terus membaca dan berkongsi berita tertentu kepada rakan dan ahli keluarga. Kami juga ingin mengambil peluang menyusun sepuluh jari, meminta maaf sekiranya ada salah-silap kami selama ini yang tidak disengajakan.

Selain itu, jika ada mana-mana pihak yang berminat untuk menaja berita atau membantu pihak kami, bantuan anda amat dialu-alukan dan pihak kami boleh dihubungi melalui emel malaysiaeditor@gmail.com untuk tindakan susulan. 

Semoga kita semua terus dilindungi Allah Taala, dirahmati dan diberkati oleh-NYA sepanjang masa, in Sha Allah. 

JazakAllahukhair. 

Editorial ED

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts