ABDULLAH SANI TEMPELAK AZMIN ISU BR1M

376
SHARES
2.2k
VIEWS

Ahli Parlimen PKR kawasan Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menempelak Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana menyarankan untuk menghentikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dimulakan pentadbiran Barisan Nasional dahulu.

Janji BR1M ada dalam manifesto

Abdullah Sani mengingatkan Azmin dan semua yang bersetuju untuk tidak meneruskan BR1M bahawa bantuan sara hidup tersebut termasuk dalam janji manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 lalu.

““Sesiapa yang bersetuju (saranan henti beri BR1M), itu yang saya tujukan (teguran).”

“Tidak kira saiz atau pangkat mereka.”

“Jika hendak mansuh BRIM, kena pastikan kos sara hidup turun, harga minyak turun dan gaji minimum naik.

“Ia berhubung tata kelola kerajaan kerana isunya ialah jangan ada kroni, rasuah dan perompak.”

Jika BR1M ada masalah, kerajaan dengan mudah boleh atasi

Menurut Abdullah jika pengurusan BR1M mempunyai masalah seperti rasuah, kerajaan Pakatan Harapan dengan mudah dapat mengatasi hal ini kerana mereka sekarang merupakan parti pemerintah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan reeformasi 20 tahun, anjuran PKR di Pulau Pinang, malam tadi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts