NGO C4 DAKWA ANWAR TIDAK SERIUS LINDUNGI PEMBERI MAKLUMAT

339
SHARES
2k
VIEWS

Susulan lantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa sebagai tidak serius dalam melindungi pemberi maklumat.

Pengerusinya, Edmund Terence Gomez melahirkan kekecewaan terhadap Anwar yang menurutnya akan menjejaskan agenda antirasuahnya sendiri melalui lanjutan kontrak Azam. Menurutnya, di sebalik pendedahan mengenai pemilikan berjuta saham yang menimbulkan kontroversi seperti didedahkan seorang pemberi maklumat K. Lalitha, Perdana Menteri tetap melantik Azam kembali sebagai Ketua Pesuruhjaya.

Kenapa Anwar yang menyokong pemberi maklumat dalam kes ini dan secara terbuka berdiri di sisinya dalam isu berkenaan, kini tidak bercakap tentang melindungi pemberi maklumat? Sebaliknya, dia melantik semula Azam, yang didedahkan urus niaga saham yang boleh dipersoalkan.

Apa yang penting sangat perlu melantik semula Ketua Pesuruhjaya yang tercemar itu sedangkan dia berpeluang untuk memecatnya? Saya tak faham. Jika anda tidak mempunyai SPRM yang berwibawa, pemberi maklumat yang manakah akan tampil apabila Ketua Pesuruhjayanya disaman oleh pemberi maklumat?

Sebagai rekod, Azam sebelum ini didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dalam dua syarikat tersenarai, ketika menjawat jawatan Pengarah Siasatan SPRM antara tahun 2015 dan 2016, yang pertama kali didedahkan oleh Edisi Siasat pada September 2022.

K. Lalitha pula mendedahkannya di portal Independent News Service (INS) pada Oktober dan disiarkan kembali pada bulan Disember 2022.

Edmund pula telah meletakkan jawatan sebagai salah seorang Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM pada 27 Disember tahun yang sama, berhubung dakwaan tiada tindakan diambil ke atas Azam. 

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tan Sri Abu Zahar Ujang kemudiannya mengesahkan bahawa pemilikan saham yang dipertikai itu sebenarnya dimiliki oleh adik Azam iaitu Nasir Baki.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts