KRONOLOGI MEMBUKTIKAN HASANAH DISABOTAJ PIHAK MEIO?

230
SHARES
742
VIEWS

Semalam, peguam yang mewakili Datuk Hasanah Abdul Hamid, bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri, yang juga dikenali sebagai Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) mempersoalkan tindakan pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana lewat dalam mengambil dan merekodkan kenyataan beliau.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz daripada Azam Aziz Shaharudinali & Co mempersoalkan mengapa Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM hanya mengambil keterangan anak guamnya semalam (Sabtu) sedangkan beliau telah ditahan sejak Selasa dan direman selama lima hari bermula Rabu lepas.

Sebagai rekod, Datuk Hasanah direman bagi membantu siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana AS$12 juta oleh pegawai risikan kerajaan.

Apa yang menimbulkan persoalan ialah penahanan beliau dibuat sejak hari Selasa dan sidang media oleh Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki dibuat pada hari Khamis, sekitar jam 4.30 petang di mana pihak SPRM mengumumkan sejumlah wang berjumlah AS$6.3 juta telah dirampas dari beberapa lokasi dan tambahan AS$5 juta masih belum dikesan, iaitu sebelum Datuk Hasanah disoal-siasat.

Ini jelas menunjukkan sekiranya berlaku sebarang tangkapan, sitaan ataupun rampasan oleh pihak SPRM, maklumat tersebut hanya diperoleh melalui pegawai-pegawai risikan yang telah direman sehari lebih awal dan bukannya Datuk Hasanah kerana ketika itu sebarang kenyataan beliau masih belum diambil oleh SPRM.

Pihak SPRM tentunya meneliti perincian kes penyelewengan dana ini yang diadukan oleh individu tertentu beserta bukti-bukti yang perlu mereka sediakan untuk meyakinkan SPRM sebelum mereka membuat sebarang tangkapan ataupun serbuan terhadap mana-mana individu yang dikaitkan dengan sebarang pertuduhan.

Sekiranya pihak SPRM gagal membuktikan adanya kes untuk disiasat namun mereka tetap melakukan tangkapan, tentunya kes tersebut sukar untuk memihak kepada mereka kerana cuai tidak mengikut Prosedur Operasi Standard SPRM sendiri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts