PUAD: PERBICARAAN MEDIA, APA AGENDA NST?

507
SHARES
1.6k
VIEWS

PERBICARAAN MEDIA, APA AGENDA NST?

Mohd Puad Zarkashi
3 September 2018

Khamis lalu peguam mewakili Datuk Hasanah Abdul Hamid Ketua Pengarah ME10 membuat kenyataan bahawa anak guam mereka menjadi mangsa kepada perbicaraan media. Peguam Hasanah menyatakan ada pihak di SPRM membocorkan maklumat kepada media. Ini menyebabkan wujud persepsi negatif terhadap Datuk Hasanah sedangkan beliau belum didakwa atau dibicarakan. Mereka hairan bagaimana media boleh mendapat maklumat bukti sedangkan permohonan pihak Peguam untuk mendapatkan maklumat sama ditolak.

Semalam terpampang pula tajuk utama di muka depan akhbar NST “Missing 1MDB, Billions Hidden Abroad”. Akhbar berkenaan menggunakan ayat ”sources say“. Ia berkaitan penahanan Datuk Hasanah Abd Hamid. Persoalannya, siapa “sources” itu? NST secara terang menyebut nama SPRM. Didedahkan pula “Investigator believes” atau Pegawai Penyiasat percaya. Kalau setakat percaya itu belum membuktikan apa apa. Tetapi pembocoran itu cuba mengaitkan wang yang dirampas daripada beberapa pegawai ME10 itu berpunca daripada 1MDB.

Dengan kata lain apa sahaja yang melibatkan rampasan tunai atau barang seperti kapal Equanimity akan dikaitkan dengan 1MDB. Sedangkan Peguam Negara menjelaskan mereka belum menerima kertas siasatan daripada SPRM. Manakala SPRM pula menegaskan siasatan 1MDB baru selesai 60 peratus sahaja.

Maka timbul dua persoalan di sini. Pertama, apa agenda SPRM membocorkan maklumat kepada media. Perlu disiasat dan diambil tindakan terhadap pegawai SPRM berkenaan.

Kedua, apa pula agenda NST. Apakah untuk melariskan akhbar mereka yang semakin merudum sekarang ini sehingga menginayai mereka yang belum didakwa dan dibicarakan. Apa jadi kepada sistem keadilan di bawah Malaysia Baharu sekarang ini dan apa  sudah jadi kepada etika media di Malaysia pada hari ini?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts