SAIFUDDIN TIDAK WAJAR KELUAR KENYATAAN TIDAK SUKA DUA NEGARA

509
SHARES
1.6k
VIEWS

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menerusi laman Twitter miliknya memuat naik status kontroversi dan dikhuatiri menimbulkan kemarahan beberapa buah negara apabila dipetik berkata:

“Ada dua negara yang tidak saya sukai kerajaannya, tetapi terpaksa dilawati juga, satu kerana urusan agama dan satu lagi kerana urusan negara.’’

Selaku Menteri Luar, Saifuddin tidak seharusnya menyuarakan pandangan peribadi berhubung dua negara yang tidak disukainya dalam laman Twitter yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia.

Tindakan beliau turut dikecam oleh pengguna media sosial kerana bersikap tidak profesional dalam menggalas jawatan tersebut yang boleh mengundang masalah diplomatik antara negara.

Walaupun siaran beliau itu telah dipadamkan namun Saifuddin yang juga Sekretariat Pakatan Harapan sewajarnya bersikap lebih rasional dalam membuat sebarang kenyataan.

Selaku Menteri Kabinet, setiap kenyataan beliau direkodkan dan boleh disalah anggap sebagai kenyataan dan pendirian rasmi kerajaan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts